Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni kawe ingin menonjolkan pasar kapit yang menjadi tempat paling penting sebagai tempat menjana ekonomi masyarakat kapit heh heh... Sebenarnya perkataan "PASAR" sebenarnya bukan membawa maksud "market" yg biasa kita guna di Semenanjung Malaysia.. Tetapi di Kapit, perkataan "PASAR" membawa maksud pekan.. sebabnya di Kapit hanya ada sebuah pasar sahaja betul-betul di tengah2 pekan kapit.. Nak kata bandar, Kapit tak la besar sangat seperti bandar..

Begini lah keadaan pasar Kapit.. gambar bawah adalah gambar semasa kawe dan Ustad Adnan membeli ayam daripada seorang yang istimewa di Kapit.. Nama saudara yang jual ayam ni ialah Amran.. Yang peliknya dia dari Kelantan woooo... pelik juga biasanya orang semenanjung datang ke Kapit bertugas sebagai guru, tetapi beliau menjadi tokey ayam beb heh heh.. sangat mantap.. so saudara Amran ni la yang jadi pembekal utama daging ayam kepada kami.. kerana penjual yg lain semuanya adalah non-Muslim.. so bila beli daging ayam dengan Amran, kehalalannya terjamin