Hadis ke4 (m/s 3)
Daripada Anas R.A katanya, seorang lelaki bertanya, “wahai Rasulullah, apabila seorang daripada kita ini bertemu dengan seseorang atau sahabatnya, adakah boleh ia membongkokkan badannya untuk member hormat kepada saudaranya itu?” Baginda menjawab, “tidak boleh”. Kemudian orang itu bertanya lagi, “adakah boleh ia memeluk dan mencium tubuhnya?” Baginda menjawab lagi, “tidak boleh”. Lelaki itu bertanya lagi, “adakah boleh ianya berabat tangan sahaja?” Baginda menawab, “boleh”. (Riwayat At-Tirmizi).
Huraian hadis:
Sebagaimana kita tahu, Nabi SAW melarang keras kita tunduk kepada manusia. Menurut Dr Basit, terdapat 4 hukum bila seseorang manusia menundukkan kepalanya iaitu:
1) Tunduk Wajib – dalam solat.
2) Tunduk harus – semasa membuat kerja/ aktiviti.
3) Tunduk haram - kepada manusia.
4) Tunduk harus - jika dipaksa tundu (jika tidak akan diancam).

0 Comments