About Me

header ads

Sumber2 ilmu Feqah


Feqah Islam adlh himpunan hukum2 syarak yg diperintahkan oleh Allah kepada hamba2Nya. 4 sumber hukum ini ialah:
1) Al-Quran
2) As-Sunnah
3) Al-Ijma'
4) Al-Qias


Al-Quranul Karim

Al-Quran sebagai kalamullah yg diturunkan kpd nabi SAW untuk mengeluarkan manusia dr kegelapan (kekufuran) kepada cahaya iman. Ia merupakan sumber pertama rujukan bagi menentukan hukum2 Feqah Islam. Oleh itu jika kita hadapi msalah, kita hendaklah kembali kepada al-Quran.

Namun ayat al-Quran tdk lah menjelaskan smua jenis masalah & menerangkan hukum mengenainya. Al-Quran hanya menerangkan secara terperinci mengenai aqidah & secara ijmali (umum) berkenaan ibdat & muamalat. Oleh itu al-Quran mempunyai hubungan & kaitan yg rapat dgn as-Sunnah yg menjelaskan garis2 panduan & masalah umum tersebut secara jelas & terperinci.



As-Sunnah yg mulia.

As-Sunnah ialah smua yg dinaqalkan (dipindahkan @ diambil) drp Nabi SAW; perkataan, perbuatan & taqrir (pengakuan). Contohnya ialah hadis2 yg riwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim.

As-Sunnah menduduki kedudukan ke2 sbg sumber rujukan selepas al-Quran & wajib beramal dgn hukumnya. Dgn erti kata lain, kita kembali dulu kpd al-Quran dahulu, kemudian sekiranya tidak didapati hukum di dalamnya, barulah kembali merujuk kpd as-Sunnah.

Peranan as-Sunnah ialah menjelas & menerangkan apa yg ada di dlm al-Quran. Sbg contoh, al-Quran menjelaskan dalil kewajipan solat & as-Sunnah datang menerangkan dgn terperinci bgmn cara menunaikannya dr segi perkataan & perbuatan.


Al-Ijma'

Al-Ijma' ialah persepakatan semua ulama' mujtahid di kalangan umat Nabi Muhammad SAW pd suatu zaman terhadap sesuatu hukum syarak.

Oleh itu apabila para ulama' sama ada d zmn sahabat atau slepas itu bersepakat terhadap sesuatu hukum, maka persepakatan mereka dianggap sebagai ijma' & wajib beramal dgnnya.

Nabi SAW pernah menyatakan bahawa ulama'2 orang Ilam sekali2 tidak akan berhimpun (bersepakat) di dalam perkara kesesatan. Oleh itu apa apa yang menjadi sepakat di kalangan mereka adalah benar.

Ijma' merupakan sumber rujukan yang ke3 selepas al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita tidak mendapati sesuatu hukum di dalam al-Quran dan as-Sunnah, adakah ianya telah disepakati oleh Ulama' atau tidak. Jika ia merupakan Ijma' ulama', maka hendaklah kita menerimanya dan beramal degannya.


Al-Qias.

Al-Qias ialah menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dengan perkara yang lain yang dinaskan hukumnya disebabkan ada persamaan antara keduanya dari segi illah (sebab yg membawa kpd sesuatu hukum). Qias digunakan bila tidak terdapat hukum dlm al-Quran, Hadis, dan Ijma'.

Al-Qias merupakan sumber hukum yg ke4 daripada sumber2 khusus (selepas al-Quran, As-Sunnah dan Ijma').

Rukun2 Qias ada 4:

1) Asal utk menjadi asas utk diqiskan ke atasnya.

2) Furu' (cabang) iaitu perkara yg diqiaskan.

3) Hukum asal yg dinaskan.

4) Illah yg menyamakan antara asal & furu'.


contohnya ialah Allah mengharamkan arak sbgmn nas dlm al-Quran. Illah (sebab) ia diharamkan ialah kerana memabukkan & mneghilangkan akal. Maka apabila kita mendapati mana2 minuman ada makanan yang memabukkan maka kita hukumnya sbg haram kerana mengqiaskan (menyamakan) dgn arak.


(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada

Fiqh Manhaj (jilid 1), m/s 15-21)

Post a Comment

0 Comments