Bismillah. Assalamualaikum buat semua sahabat. Sempena cuti tahun baru Cina, kawe dan warga Malaysian Easyrider Community (MEC) mengikuti ride kenduri khawin adik sepupu Babadeen (MEC) pada 30 januari 2011 di Kg Taib Andak, Kulai, Johor (Kg Mawi). Ianya merupakan ride pertama MEC pada tahun 2011


Pagi 30 Jan 2011 konvoi kami yang disertai lebih kurang 20 bikers bertolak dari Kuala Lumpur jam 7.30am (berkumpul di R&R Seremban). Kami masuk ke Kluang pekena roti bakar dan kopi railway. Tiba di Keluang jam lebih kurang 11am.

Antara rakan-rakan yang kelaparan sebab cuaca hujan sepanjang perjalanan kami. Thanks Babadeen kerana sponsor Utk roti bakar dan kopi railway kluang.


Kami melalui jalan Kota Tinggi dan turun semula ke Kulai untuk kerumah pengantin. Kami sampai jam 1300 di lokasi Felda.

Setelah siap kenduri, kami terus pulang ke KL memandangkan hujan lebat tidak berhenti. Kami terpaksa melalui highway Senai memandangkan jln yang kami lalui telah ditenggelami air di sekitar Yong Peng. Terima kasih kepada semua yang menjayakan ride yang cukup mencabar ni.