About Me

header ads

Steven Johnson Syndrome

Bismillah. Assalamualaikum. Cuti sekolah Mac 2012 kawe berkesempatan menziarahi sahabat kawe yg sakit secara tiba-tiba menyebabkan beliau terpaksa bercuti paniang. Kisahnya bermula apabila beliau mengalami demam dan ruam. Apabila ke kelinik swasta, doktor memberikan sejenis ubat. Namun ubat yang diambil menyebabkan ruam bertambah serius seolah-olah kulit menjadi seperti melecur terbakar. Apabila dirujuk di hospital, doktor tidak dapat memastikan apa masalah dan diminta untuk balik berehat. Beberapa hari kemudian sakitnya makin teruk. Kesan seperti melecur bertambah teruk sehingga kedua bibir mulutnya menebal dan melekat, matanya kemerahan. Kulit tangan dan kaki turut mengalami kesan seperti terbakar. Terasa gatal dan pedih di seluruh anggota badan. Tidak tahan dengan keadaan yang semakin teruk, beliau ke hospital swasta untuk berjumpa dengan pakar kulit serta merta. Doktor mengesahkan beliau terkena Steven Johnson Syndrome.
Beliau bernasib baik kerana segera mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Kes ini terus dirujuk ke HUSM kubang kerian. Menurut doktor, sahabat kawe ni mengalami drug elergic. Mungkin ubat yang diambil tidak sesuai dengan badannya sehingga mengalami steven johnson syndrome (SJD). Beliau ditahan lebih seminggu dalam wad HUSM. Sepanjang rawatan, beliau diberhentikan pengambilan ubat. Doktor hanya menyunyik steroid selang beberapa jam utk mengawal gejala SJD. Akhirnya beliau dibenarkan pulang setelah melihat progress yang positif. Dan ini la keadaan kaki dan tangan beliau setelah pulang ke rumah. Jika anda inginkan maklumat serta gambar-gambar terperinci, sila google "steven johnson syndrome" dan pasti mengerunkan. 

Pengajaran yang perlu kita ambil ialah berhati-hati la ketika mengambil ubat. Kadang-kadang kita perlu ambil tahu tentang sesuatu ubat. Ada sesetengah kelinik swasta, doktor akan mengenakan overtreatment ke atas patient (PT) iaitu terus memberi dos ubat yang kuat kepada PT agat PT dapat merasai kesannya dengan lebih cepat, berbanding di kelinik @ hospital kerajaan yang akan memberikan ubat kepada PT ikut prosedur dari dos rendah kepada dos yang makin tinggi. Ini mungkin nampak melecehkan kpd PT yang terpaksa berulang alik ke kelinik kerajaan sehingga sembuh. Namun itu la yang terbaik dengan mengenakan ubat yang dos rendah dahulu baru lah kpd dos yang tinggi.

Post a Comment

0 Comments