About Me

header ads

Challengging Journey: From Kapit to Belaga

  
Bismillah. Setelah lebih 5 tahun berkhidmad di Kapit. Kali ini kawe ditugaskan untuk melaksanakan tugas rasmi ke Belaga. Memandangkan Belaga adalah sebuah daerah kecil dalam Bahagian Kapit, maka sering berlaku pertukaran "service" antara guru-guru dalam Bahagian Kapit (Dalam bahagian Kapit ada 3 daerah kecil iaitu Kapit, Song dan Belaga. Dalam Bahagian Kapit hanya ada 8 sekolah menengah iaitu SMK Kapit, SMK Kapit 2, SMK Selirik, Balleh, SMK Song, SMK Katibas, SMK Belaga dan SMK Bakun). Maka guru di Bahagian Kapit sering menempuh perjalanan jauh bagi tujuan tugas rasmi seperti mengawas peperiksaan, melaksanak pentaksiran, menghadiri taklimat, bekursus dsb.. 
 

Perjalanan dari Kapit ke Belaga (digambarkan dengan garisan biru dalam peta di atas) kebiasaannya menggunakan bot ekpres mengambil masa 5 jam. Namun disebabkan penutupan empangan di Bakun menyebabkan paras air sungai rejang dari Kapit-Belaga berada di paras yang rendah (surut). Keadaan ini menyebabkan bot ekpres dari Kapit ke Belaga tidak dapat diteruskan sehinggalah paras air sungai kembali naik, itupun selepas pintu empangan di Bakun dibuka untuk melepaskan air. Keadaan ini amat memenatkan kerana saya terpaksa melalui perjalanan yang jauh iaitu Kapit-Sibu-Bintulu-Belaga (digambarkan dengan garisan merah dalam peta di atas). 

Jom subscribe




Seperti biasa, perjalanan saya dari Kapit ke Sibu mengambil masa 3-4 jam dengan menaiki bot ekpres. Tambang bot ekpress masa ni dijual pada harga RM20-RM30 bagi setiap seat. Saya terpaksa menggunakan bot ekpres seawal 7.30 pagi di Kapit dan tiba di Wharf Sibu pada jam 10.00 pagi. Sesampai di Wharf Sibu, saya terus mengambil teksi menuju ke Terminal Bas Sibu bagi mengejar masa. Di terminal Bas Sibu,ada banyak syarikat bas menawarkan perkhidmatan perjalanan ke semua bandar utama di Sarawak. Saya sempat menaiki bus pada jam 10.45pagi di terminal bas Sibu dengan membayar tiket sebanyak RM20. 

Perjalanan menggunakan bas sangat memeningkan dengan kualiti jalan raya yang tidak baik, banyak goyangan, banyak hentakan menyebabkan saya tidak dapat duduk dengan selesa. Rasa mual seperti mabuk dan hendak muntah. Mungkin tidak biasa dengan keadaan jalan raya di Sarawak. Perjalanan mengambil masa 3-4 jam juga. Dan akhirnya saya sampai di Bintulu pada jam 2.00 petang. 
 
Di Bintulu saya menempah pacuan 4 roda (4WD) untuk meneruskan perjalanan yang lebih mencabar ke Belaga. Setelah mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke Bakun dan melalui jalan lori balak yang tidak berturap ke Belaga. Kebiasaan cas yang dikenakan bagi sebuah 4WD dari Bintulu-Belaga adalah sebanyak RM240. 

 
Perjalanan menggunakan 4WD ini mengambil masa 4-5 jam. Dari Bintulu ke simpang Bakun melalui jalan raya berturap, maka perjalanan adalah lancar. Sebaik sahaja melepasi simpang Bakun, pemandu 4wD saya memilih jalan pintas ke Belaga dengan melalui laluan balak tidak berturas. Agak mencapar dengan keadaan jalan yang licin, sudut cerun yang tinggi... hanya pemandu berpengalaan sahaja mampu mengendalikan 4WD ini. Jika hari hujan, perjalanan ini agak berisiko dengan keadaan jalan yang licin dan becak meningkatkan risiko kemalangan serta tayar tersangkut dalam lopak. Sebab itu ramai pemandu 4WD mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan jika cuaca hujan. 

 
Hampir 6.30 petang, akhirnya kami selamat sampai di SMK Belaga; merupakan sebuah sekolah pedalaman. Sekolah ini adalah sekolah kategori pedalaman P1 dimana guru-guru di sini layak menerima elaun P1 sebanyak RM500 sebulan. Namun dengar cerita pembayaran elaun P1 ini sedang dinilai semula. Saya harap elaun P1 ini tidak dinilai untuk dimansuhkan kerana saya fikir guru di sini layak diberi elaun ini. Pada waktu ini sudah masuk waktu magrib dan saya terus menumpang ke rumah sahabat iaitu Cikgu Faiz. 

 
Saya dibawa makan malam ke kedai makan Dinaz di Belaga. Di sini saya terjumpa ikan empurau seberat 13kg. Ini adalah antara ikan termahal di sini. Ikan seberat ini dijual pada harga RM700/kg. Menurut pemilik kedai, ikan ini sudah ditempah dan menungu pembeli datang mengambilnya. 

SEBAHAGIAN PEMANDANGAN BLOK PRA-U (TINGKATAN 6) SMK BELAGA 
 
Di Belaga, antara menu simple pernah saya makan adalah nasi goreng daging rusa. Di Belaga, daging rusa biasa digunakan sebagai sumber daging kerana harga daring rusa lebih murah berbanding daging import sejuk beku. Secara logiknya memang benar apabila dilihat dengan perjalanan yang sukar membawa barang runcit ke Belaga. Daging rusa di Belaga dijual pada harga RM20/kg (yang halal) berbanding daging sejuk beku yang lebih mahal dari harga ini. 

 
Yang menariknya, di kawasan pedalaman ini, ada kemudahan gelanggan tennis. Saya berkenalan dengan Cikgu Fahmi Omar berasal dari Perak. Beliau yang membawa saya bermain di sini. Sekurang-kurangnya dapat menggilangkan bosan di Belaga. Di Belaga, sebolehnya kita perlu aktif dengan sukan kerana ia dapat memperkenalkan kita dengan ramai kenalan baru. Ini lah sebahagian cara berosial yang sihat melalui sukan. Jika tidak, memang akan berlaku kemurungan seandainya kita tidak bersosial sebegini. Disebelah gelanggan tennis, ada juga gelangan futsal bagi penggemar futsal. 

KEADAAN RUMAH KEDAI DI BELAGA

 
Di Belaga, terdapat sebuah perkampungan Melayu. Di sini terletaknya sebuah masjid kecil; Masjid Belaga. Kemesraan penduduk kampung ini sangat baik. Masjid ini adalah binaan dari kayu. Saya amat suka keadaan sebegini kerana mengimbas kembali nostalgia kenangan kehidupan silam masyarakat terdahulu. 

 
Di hadapan masjid, wujudnya Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Belaga. Saya tidak pasti apa fungsinya, tetapi percaya segala aktiviti penduduk kampung berlangsung di sini. 

 
Di depan Masjid Belaga juga ada tangki air yang cantik ini hehe.. 

 
Di Belaga juga telah menemukan saya dengan Cikgu Al-Anas merupakan housemate saya di UPSI dan bekas skuod saya dalam PALAPES UPSI suatu ketika dahulu. Agak lama tidak jumpa Ckg Anas ni setelah posting. Akhirnya jodoh kami diketemukan di Belaga. 

  
Cikgu Azhar, berasal dari Pasir Mas antara guru paling senior di Belaga; tidak pernah penat melayan kami di Belaga. Ini antara yang dah jadi lagend di Belaga (sebab lama sangat bertugas di Belaga dan tidak bercadang nak pindah balik semenanjung). 
 
Di Belaga, ramai orang dari hulu menaiki perahu seawal pagi ke pekan kecil Belaga untuk memasarkan hasil pertanian dan tangkapan. Tidak seperti di pasar Kapit, di Belaga kebanyakannya menjual hasil ini di kaki lima kedai. Hasil tangkapan seperti ikan sungai yang segar menjadi rebutan. Sebagai contoh ikan baung dijual serendah RM18/kg. 



 
Inilah sebahagian dari pemandangan di Belaga. Sempat bergambar di Sungai Belaga ni. 


Bagi sahabat sekalian, ini lah gambaran yang ringkas boleh saya sampaikan tentang Belaga. Bagi guru di SMK Belaga, mereka biasanya akan mendarat di Airport Bintulu sebelum meneruskan perjalanan bertugas ke Belaga. Semoga bermanfaat buat pembaca sekalian. wslm. 

Post a Comment

9 Comments

Kamil L said…
kagum dengan cikgu..dah banyak tempat d swak cikgu pergi...saya org sarawak pun belum pernah sampai lagi ke belaga..cikgu turun bintulu upanya..saya skrg berada d bintulu..kalo tau cikgu d bintulu, bleh jumpa, pekena teh tarik brang secawan dua.. :)
Muallim Adham said…
Slm alaik. Saudara kamil, ya ka dok bintulu.. Saya hari tu air sungai bakun cetek, disebabkan bot ekpress Kapit-belaga tidak dpt berjalan, maka. Terpaksa lalu ikut bintulu.. Rasanya itu la 1st time saya. Sekarang empangan bakum dh lepaskan air, maka ekpres bit sudah berfungsi mcm biasa. Skrg saya balik kapit direct dengan ekpres bot tanpa lalu ikut bintulu lagi. Tak apa, nnt ada rezeki buleh kita jumpa lg... Andai ada jodoh, tak ke mana...
Razali Ariffin said…
Asalamualaikum tuan.. Saya razali.. Saya ada perancangan utk ke asun apau melalui belaga..ingin pohon tuan menghubungi saya d no tel 0165258464.. Terima kasih
Muallim Adham said…
wslm, saudara Razali,
saya sekarang berkhidmad di Kuching, tidak lagi di kapit. walaubagaimanapun, insyaAllah pengalaman saya ni harap membantu saudara utk ke sana. mungkin ada orang yang lebih arif.. sila email saya dehewaraspak@gmail.com
Akal Sari said…
Assalamualaikum Saudara Muallim Adham
Mohon jasa baik untuk hubungi saya (sms) di talian 019-6972567.

T kasih
Anonymous said…
Assalamualaikum
Pada 20-25 April, saya perlu menjalankan tugas di Belaga. Mohon jasa baik agar Saudara Adham dapat menghubungi (sms) saya di talian 019-6972527.

Terima kasih
Muallim Adham said…
wslm. sorry saya lama tidak update blog atas kekangan masa dan tugas..

sorry sgt tidak dapat membantu pada ketika itu. apa2 pon buleh email ke saya dehewaraspak@yahoo.com
Unknown said…
Assalam.
Saya berada di Belaga, cuma 3 malam. Itu pun peluang terbuka dalam projek penyerahan tablet kepada semua guru2 di Sarawak, dan tugas saya ke PPD Belaga mengetuai delegasi Utusan. Masya Allah, tak mahu saya cerita kisah perjalanan. Tapi paling penting, ketenangan berada dalam kawasan di pedalaman. Masyarakatnya, kehidupannya, rohaninya, sangat menenangkan.

Cuma sempat 1-2 kali berjemaah isya-subuh di masjid kampung melayu. Berpeluang dalam program bacaan yassin murid upsr 2016, berjumpa dgn masyarakat kampung dan guru-guru berasal semenanjung. Duduk melepak selepas sokat isya di kedai makan Iskandar, tepi BSN sambil melayan2 siaran TV musim Olimpik 2016. Terlupa sejenak perit getir tugas di KL.

Kalau diberi peluang ke sana lagi, nak saya cuba laluan express. Maka lengkaplah perjalanan darat Sibu-Bintulu-Belaga dan laluan air Sibu-Kapit-Belaga.

Tq cikgu.

Muallim Adham said…
Saudara Azan Hasan,

wslm..
tahniah kerana berpeluang ke Belaga, satu pengalaman sgt bermakna. Jika diberi peluang, saya juga ingin kembali mengunjungi Belaga. Suka akan suasana dan makanan kampung di sana serta masyarakat di sana.

Ada sesuatu yang kita buleh pelajari dari kehidupan di Belaga, pengorbanan pendidik dan masyarakat luar lain yang berkhidmad di Belaga, serta keharmonian masyarakat setempat. Peluang menyantuni masyarakat Belaga jangan dilepaskan, pasti terkenang sampai bila-bila.

tq..