About Me

header ads

Putaran Ramadhan

Bismillah. Entah mengapa, Ramadhan tahun ni terusik hati dengan banyak kenangan Ramadhan lepas. Bersama rakan-rakan di zaman belajar dulu, kini menjadi kenangan. Mungkin sebab ianya sudah lama berlalu, sengaja mencuit kembali kenangan lampau. Maka beruntunglah jika ada kenangan lama yang dapat dikenang-kenang. Guru kawe pernah berkata, setiap ruang masa yang kita lalui ini, biar lah ia sentiasa menjadi suatu yang bermakna, lebih-lebih lagi menjadi kenangan terindah, kenangan terhalal... kerana suatu masa akan datang, kita pasti akan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa kenangan ini dalam kotak minda kita.
 
Zaman Sekolah Rendah
 
Zaman ni boleh dikatakan zaman baru nak belajar berpuasa. Sebab tak pernah berpuasa, jadi masa ni rasa cukup azab nak tunggu waktu berbuka. Maklum lah zaman ni sedang aktif bermain. Bilangan hari berpuasa tu sikit sangat, boleh bilang dengan dua-tiga jari ja.. Jadi Abah guna pelbagai cara nk didik anak-anak berpuasa. Antaranya adalah bagi duit raya ikut bilangan hari berpuasa. Adus... zaman ni kira hebat kalau dapat kumpul duit raya sebanyak mungkin.. nanti boleh lawan dengan kawan-kawan; siapa yang paling banyak duit raya. Masa ni Taraweh pon jarang-jarang gi.. Kalau gi traweh pon sebab nk main dengan kawan-kawan; main mercun dsb. Tapi bagitau abah nak gi traweh hahah. Lepas main dengan kawan-kawan, lepas traweh, elok-elok je balik jalan bersama-sama dengan Jemaah masjid sebab nak ikut moreh pulak. Begitulah rutin setiap hari sampai la Raya..
 
Zaman Sekolah Menengah
 
Masa ni dah RETI BAHASA sikit. Dah ada rasa malu nak main dalam masjid masa Traweh. Masa ni pose pon dh penuh, Alhamdulillah. Cuma ada la ada dalam satu tahun tu; demam masa dekat nk raya.. demam berpanjangan sampai raya kedua baru baik... Tapi masa ni dah start Jemaah 5 waktu di Balasoh (madrasah). Berkawan pon, dengan set-set masjid (tua/muda). Yang bestnya, dalam Ramadhan masa ni, masjid/surau penuh dengan kuliah/tazkirah agama. Lepas zuhur ada ceramah. Antara traweh pon ada tazkirah.. rasa seronok sebab hidup dalam kebanjiran ilmu. Dapat basuh ckit hati yang banyak berkarat ni hehe.. Bila rutin macam ni, belajar di sekolah pon macam rasa dipermudah ja. Sampai la masuk tingkatan 3, lepas PMR dapat masuk ke MCKK. Puasa di MCKK fuhhhhh.. yang ni best dengan kawan-kawan pulak.. Tapi berbuka puasa di rumah dengan keluarga tetap paling best.. Cuma sekarang ni, rasa sedih juga sebab jarang dapat balik kampong huhuhu..
 
Di MCKK, tiap hari keluar bazar Ramadhan. Macammana keluar tu, biar lah menjadi rahsia. Banyak pulak makanan melimpah ruah. Ada sahaja orang sponsor makanan berbuka... Tu tak kira yang geng tak layan ration dewan makan, so kawe la yang perrabis lauk-lauk di dewan makan. Masa SPM, kawe bertuah ambil SPM dalam Ramadhan. Jadi rutin Ramadhan sangat membantu memantapkan jadual study. Walaupon result SPM tak la gempak sangat macam orang lain.. Tapi puas hati la juga dengan usaha yang tak seberapa dan rutin yang banyak main masa ni hahah.. Tapi itu la, matlamat pendidikan kami jelas... bukan kejar bil A dalam SPM semata-mata.. Tetapi apa yang kami cari adalah... Pride.. Passion & Tradition.
 
Masa Matrikulasi
 
Di Matrik adalah zaman all out study.. aduss sampai rutin sukan hanya limit kawe untuk main tennis sahaja. Tapi di KMKulim, rasa macam belajar di sekolah pondok. Dengan rutin usrah, solat berjemaah, program keagamaannya... Ramai dalam kalangan kami amalkan puasa Nabi Daud.
 
Didalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al ‘Ash bahwa dia pernah bertanyakan Rasulullah saw dan beliau saw pun berkata kepadanya,”Solat yang paling disukai Allah adalah solat Daud dan puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Daud. Dia (Daud) tidur seperdua malam, bangun di sepertiganya, tidur lagi di seperenamnya dan berpuasa sehari serta berbuka sehari.” (HR. Bukhari)
 
Dan kami berbuka bersama-sama di talam talam..
 
 
 
Kawe percaya, rutin dan aktiviti sebegini antara punca Allah permudahkan urusan belajar di matrik. Dan hasilnya kawe dan rakan-rakan lain telah lalui dan rasakan. Disini la jumpa staf-staf KMKulim yang bersifat murabbi, muaddib, muallim, mudarris dan mursyid.
 
Kehidupan ini ada masa naik dan jatuhnya. Iman kita begitulah, turun naik macam pasaran saham juga. Marilah kita sama berdoa moga Allah tetapkan iman kita, kukuhkan iman kita agar terus beriman dan bertaqwa kepadaNya dalam menyelusuri kehiduan seharian. Tak tahu kenapa, kenangan di matrik sangat berkesan sampai sekarang.. Kalau buleh, nak jumpa balik dengan mereka ini.
 
Di UPSI
 
Zaman di UPSI adalah saman survival kewangan hahah.. Duit PTPTN abis buat bayar yuran, bayar motorsikal (tanpa minta bantuan keluarga). Masa ni rasa malu nak minta duit dari parents. Elaun masuk ROTU sangat membantu juga. So berbuka di zaman ni banyak cari lubang makan free hahah.. terutamanya di masjid dan surau-surau. Paling cikai pon berbuka dengan bubur lambuk yang banyak orang sedekah. Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan buat pemberi sedekah kepada para pelajar yang serba kekurangan seperti kawe masa ni hehe. Bukan apa, sengaja nak belajar hidup susah dan tak nak susahkan family. Mujur juga adik beradik yang lebih tua ada juga hulur meringankan beban hahah..

Yang jadi kenangan juga adalah puasa tahun pertama sebagai budak UPSI, kami hadiri Kem Tahunan PALAPES UPSI. Dalam musim hujan pulak tu... mujur la tidak panas. Tetapi azab dalam kebasahan lebih mencabar rupanya. Kaki yang sentiasa dibasahi lumpur semasa siri praktikal perang melawan gerila (CIW) menyebabkan membengkak dan kembang sehingga melecet-lecet. Ramai yang rosak kakinya dan terpaksa berselipar sahaja dalam hutan. Yang kuat iman akan terus berpuasa.. Manakala yang tak berapa nak kuat iman itu, akan tetap huha huha dalam hutan tak sedar diri yang mati tu buleh bila-bila masa sahaja. Pengalaman ini la yang membuatkan kawe lebih mengenali erti sebenar dunia ini.. mengenali true colour manusia di sekeliling kita.
 
Puasa di Kapit
 
Di kapit adalah zaman FB bermula. Kawe antara orang yang cepat update dengan gajet. Masa ni orang update status FB guna computer atau laptop di rumah sahaja. Tapi kawe antara yang mula-mula pakai gajet smartphone BlackBerry (BB) yang paling cikai masa tu haha.. So pantang ada juada berbuka, semua di upload dlm fb.. nk bgtau kt kawan-kawan dan family bahawa di kapit, kami bahagia menikmati juadah yang di masak sendiri...
 
Masa ni juga kawe mula belajar memasak. Bersama Ustaz Adnan sebagai pembantu dia je.. lama-lama kawe praktikal dan buleh la masak ckit2 hehe.. lepas berbuka gi traweh ramai-ramai dgn geng bujang. Kami juga kadang-kadang bergilir jadi imam traweh memandangkan ada 5 surau/masjid aktif di kapit sebagai tempat bertraweh, tetapi tiada cukup imam... Lepas bertraweh, lepak plak kat kedai jalan airpot; minum teh'o segelas je, tetapi duduk 3-4 jam...
 
Selepas kahwin
 
Alhamdulillah, Allah kurniakan kawe cinta dari seorang isteri yang baik. Selepas kahwin, mkn minum dah teratur. Kalau ada kurang atau lebih, kami hadapi bersama. Hidup berkongsi susah-senang ni lain. Sekarang Alhamdulillah semuanya bakal menjadi kenangan terindah kami bila Fahim besar kelak. Masa ni sedang membina dan terus membina kenangan terindah sekeluarga hehe.

Post a Comment

0 Comments