About Me

header ads

Webinar Sekolah Menengah Bersama SSTP Perak dan CikgooTube Perak


Bismillah. Alhamdulillah selesai perkongsian saya bersama anak-anak seluruh Malaysia secara live. Tajuk yang dibincangkan adalah persamaan serentak. Pelajar telah diberi soalan terlebih awal untuk diselesaikan, dan perbincangan diadakan secara live yang dihoskan oleh SSTP Perak dengan kerjasama Team CikgooTube Perak. Solan yang dibincangkan adalah seperti berikut: 
Daripada tinjauan langsung semasa kelas, saya meminta pelajar untuk memberikan satu perkataan bagi menggambarkan mengenai Matematik Tambahan. Dan inilah hasilnya: 
Perkataan yang besar dan berada di tengah-tengah menunjukkan perkataan pilihan ramai. Dan perkataan-perkataan lain menggambarkan persepsi pelajar terhadap subjek ini. 

Manakala tinjauan dari segi skor yang biasa diperolehi oleh pelajar dalam tajuk persamaan serentak adalah seperti berikut: 


Kebanyakan pelajar mendapat separuh skor dari markah keseluruhan. Menunjukkan topik ini tidak boleh dianggap remeh dan perlu diberi perhatian untuk mendapat skor dan gred yang lebih bagus dalam peperiksaan SPM. 

Rakaman webinar ini boleh dilihat melalui chanel youtube Educate Digital Learning - SSTP JPN PERAK pada link berikut: 

Selain itu, webinar ini juga dikongsi dalam facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui link ini

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Team SSTP Perak dan Team CikgooTube Perak atas ruang dan pelunag untuk berkongsi ini terutama Puan Hidayah Mustafa, Cikgoo Syila, Cikgoo Hayati, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Post a Comment

2 Comments

Cikgu Hayati said…
Terbaik cikgu Adham. Sesi webinar yg sangat menarik. Semoga boleh berkongsi lagi utk webinar akan datang
Muallim Adham said…
Alhamdulillah Cikgu Hayati... terima kasih atas ruang, peluang dan sokongan.. insyaAllah untuk masa akan datang kita boleh buat lagi