About Me

header ads

Cikgu Adham Ke Media Prima

Sebelum KPM mengambil alih NTV7, guru-guru mempunyai peluang yang terhad untuk bersiaran di televisyen. Alhamdulillah rezeki BeyMad diberi peluang untuk menjadi penyampai dalam Rancangan Break Out @DidikTV di NTV7 untuk mata pelajaran Matematik Tambahan pada 12-13 Januari 2021. 

Terima kasih pada BSTP KPM atas ruang dan peluang untuk ini terutama Cikgu Pengarah (Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin) dan En Azemi, yang merupakan orang kuat dalam merealisasikan program TV pendidikan ini. 
BeyMad digandingkan dengan Wani Kayrie sebagai host dan masa ni agak nervous juga la kerana mereka minta buat santai sambil borak-borak. Adeihh kitanya danrat sikit masa ni, jadi banyak juga benda merapu BeyMad buat. 
Beymad diminta untuk membuat perkongsian berkenaan menjawab Matematik Tambahan SPM. Maka perkongsian secara umum diberi dengan tip-tip ringkas dan nasihat untuk calon SPM. 
Slot pertama khas membincangkan berkenaan kertas 1 manakala slot kedua adalah kertas 2. Beberapa contoh soalan digunakan sebagai contoh menjawab. 
Tahniah dan syabas kepada juru edit, yang BeyMad kira bijak dan awesome dalam membuat suntingan video ni hehe. Ambe tumpang belajar. 

Untuk menonton rakaman, boleh melihat melalui: 


Post a Comment

0 Comments