
3-5 Feb berlangsungnya pertandingan sepak takraw MSSG Kapit yang bertempat d SMK Selirik. Sebagai tuan rumah, kawe pon tidak terkecuali menjadi AJK pelaksana pertandingan heh heh.. Sekolah dalam MSSG Kapit mengambil bahagian dengan jayanya. Program berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.. Gambar di atas adalah dari SMK Kapit no2.

Namun pada hari terakhir, hujan yang tidak berhenti memaksa pihak penganjur untuk meneruskan pertandingan di Dewan Tertutup Kapit (tempat kami main futsal heh heh). Ini lah dia barisan jurulatih sepak takraw dari setiap sekolah bahagian Kapit. Tapi yang betul2 jurulatih 3 orang je.. yang lain tu cuma mencapup je hahahhaha...
Ini pula keadaan semasa berlangsungnya perlawanan antara SMK Selirik dengan SMK Belaga. Semua memberi tumpuan yang serius hahahah.. SMK Selirik telah menunjukkan prestasi yang mantap pelbagai... namun tertewas juga kepada SMK Belaga dengan 1-2.
4 Comments