Assalamualaikum.. teringat kawe satu pengalaman semasa memberi tazkirah kepada pelajar kawe semasa kawe praktikal dulu.
Cikgu: Hari ni cikgu nak tanya mengenai halatuju kamu selepas SPM. Adib kamu nak ceburi kerjaya apa?
Hanif: Saya nk jadi engeneer.
Cikgu: kamu pula Azam?
Azam: Saya nak jadi arkitek atau mana jurusan kesihatan.
Begitu la jawapan daripada pelajar kawe. Majoriti mahu bekerja dlm bidang professional seperti arkitek, jurutera, akauntan dsb. Kalo kita perhatikan tiada seorang pun yang memberitahu untuk menjadi ulama atau ustaz. Memetik surat dari MARDIANA MAT ISHAK, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Berita Harian, 23 May 2009 yang bertajuk Jurusan agama perlu diceburi pelajar minda kelas pertama perlu diambil berat oleh semua pihak.
Pelajar zaman sekarang sudah disuntik oleh semua pihak mengenai ganjaran dunia. Jarang ibu bapa yang menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anak. Tidak dinafikan, kurikulum pendidikan agama di sekolah sangat berkualiti dan sudah mampu untuk membentuk anak-anak bagi meneruskan kehidupan yang mencabar. Namun di sekolah, subjek pendidikan agama dipelajari bukannya untuk diamalkan, tetapi sekadar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Buktinya pada zaman sekarang, remaja kita ramai yang lulus pendidikan Islam, tetapi dari segi penghayatannya adalah kosong.
Begitu juga dengan anak-anak yang mempunyai daya intelek yang tinggi, mereka pastinya akan dihantar ke sekolah yang terbaik untuk menjadi seoarang yang professional seperti doktor, jurutera, arkitek dsb. Namun, berapa ramai ibu bapa yang berjaya merekrut anak-anak yang mempunyai daya intelek yang tinggi untuk belajar di sekolah agama? Bagi melahirkan generasi yang seimbang, kita juga harus melahirkan professional dalam bidang agama seperti Hadis, A-Quran, Feqah, Fqh, Usuluddin, Syariah dsb seperti mana bidang lain. Baru lah kita dapat membentuk satu masyarakat yang seimbang.
Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat sekarang, jangan melihat sesuatu itu dari perspektif yang kecil. Cuba berfikir dengan mata hati kita, jika kita ada 5 orang anak, sekurang-kurangnya seorang daripada anak-anak kita itu berjaya menjadi profesional dalam bidang agama sudah memadai untuk melahirkan ramai ulama. Sekurang-kurangnya, dalam keluarga kita ada seorang ustaz yang boleh memimpin majlis tahlil dan solat jenazah bagi kita bila kita mati kelak.. Wallahu Alam
6 Comments
sekadar pandangan... marilah kita fikir2kn bersama.. kalau kita sendiri tidak memartabatkan ilmu agama kita, siapa lagi..
sebenanrnya tidak salah untuk kita menjadi alim dan professional dlm ilmu fardu kifayyah.. tetapi biarlah seiring dengan pengetahuan dan amalan agama kita. Ilmu agama jika sekadar pengetahuan tidak berguna selagi tidak diamalkan dengan istiqamah.
saya sangat terpegun dengan murid saya dari sebuah sekolah terulung yang telah banyak melahirkan tokoh dan negarawan di Malaysia.. selepas tamat SPM dengan cemerlang dalam bidang sains tulen, dia memilih untuk ke sebuah kolej bagi mendapatkan diploma dalam tahfiz.
semua guru mempersoalkannya kenapa pilih bidang begini, dan dia menjawab kita kena yakin dengan rezeki Allah. memanglah secara hakikatnya bidang ini tidak menjaminkan ganjaran dunia yang lumayan sebagaimana doktor, engineer dsb, tetapi kalo semua yg cemerlang berebut2 untuk kejar fardu kifayaah, takkan aliran agama ditinggalkan kepada pelajar yang kurang cemerlang....