Assalamualaikum dan salam sejahtera... pagi ni kawe dikejutkan apabila students kawe menangkap anak burung hantu yang sesat ke kawasan sekolah kawe.. sangat comel burung ni.. Orang Iban memanggilnya burung hantu helang, orang kelantan plak pangginya burung Ketuk.. tapi yang kawe tahu memang ianya dari spesis burung hantu.. matanya kuning menyala...

Kawe percaya burung itu kehilangan habitat kerana kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Kapit kerana pada bulu burung tersebut ada abu dari kebakaran daun2 kayu... burung ni tak dapat terbang kerana sayapnya cedera mungkin dilastik atau kena tempak. Ada luka kecik di atas sayapnya.. mujur la Pek In sudah membubuh ubat pada burung ni heh heh heh...


Burung ni kecil, comel dan jinak... kukunya sgt tajam mencekap tgn kawe heh heh heh.. begitu la keadaan di tempat kawe.. burung ni sekarang berada di rumah kawe di kapit. Td cuba bg makan ikan tenggiri, tp x mau makan beb.. apa nk buat?