Oleh : Rozmal bin Malakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Artikel ni dipetik dari blog Cina Islam yang kawe rasa patut dibaca oleh semua sahabat...

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran.

Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.

Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah ? Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini , terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.

Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

Menurut Uztaz Zaharuddin, Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan yang disarankan Islam ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam ( Al-Muhazzab, 5/458 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 22/261 ; Al-Mu'tamad Inda As-Syafie, 5/228) iaitu:
  1. Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan (Dari hadis riwayat Abu Daud, 2/476)
  2. Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
  3. Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
  4. Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
  5. Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Hukuman merotan yang ditentukan Islam sangat berbeza dengan hukuman merotan yang dilaksanakan di dalam penjara pada hari ni kerana Islam bukannya menghukum semata-mata kerana hukuman sebaliknya adalah bertujuan mendidik masyarakat..

Di penjara hukumannya adalah sangat zalim dimana sekali sebatan sehingga menghancurkan kulit dan mengoyak isi.. Perotan di dalam penjara juga menghayun rotan dimana tangan diangkat dari atas kepala dengan hentaman yang cukup bertenaga... Fikir2 lah kebaikan yang telah ditentukan oleh Islam sehingga sekaran, akhirnya saintis Bukan Islam juga yang menemui kebaikan hukuman sebat secara Islam ini.. Mengapa Orang ISlam sendiri tidak menjumpai kebaikan hukuman ini.. sebab nya tidak lain kerana orang Islam itu sendiri tidak yakin dengan Islam yang sememangnya BENAR..