About Me

header ads

Ayam tak sembelih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kali ni kawe cuba nak berkongsi cerita semasa kawe ke pasar Kapit pada pagi hujung minggu... Sememangnya orang Islam di Kapit dah biasa dengan situasi sebegini.. Kerana terlalu banyak orang bukan Islam yang menjual ayam yang tidak disembelih mengikut syara'. Hanya seorang sahaja Muslim yang menjual ayam halal di pasar Kapit. Jika diperhatikan ayam dalam gambar, ayam tersebut dimatikan dengan hanya menebuk sedikit lubang pada lehernya tanpa memotong urat merih dan urat halkum..
Yang menjadi kerunsingan ialah kut2 ada masyarakat muslim yang jahil.. maklumlah kerana di kawasan kawe ni banyak mualaf yang masih tidak tahu apa Islam sebenarnya. Dan kawe sendiri pun tidak pasti sebab ada yang mualaf yang hanya Islam dari segi nama sahaja, tetapi masih mengamalkan rutin harian seperti orang bukan Islam...
So sekarang ni semua pihak harus peka dengan masalah ini.. harus sentiasa berhati0hati apabila membeli ayam di pasar...

Post a Comment

15 Comments

abu muaz said…
Salam. Yang bahayanya kat semenanjung ni juga kena hati hati banyak juga yang tak disembelih dengan betul.
Muallim Adham said…
abu muaz,
yup mmg betul kat mana2 pun ada mslh yg sama... skrg ni semua x selamat...

semoga Allah mempelihara hambaNya yang bertaqwa
IMANSHAH said…
Dikampung ana,mereka tidak mahu membeli ayam TESCO..katanya disembelih dengan cara tak betul..Wallahua'lam
Muallim Adham said…
salam,
imanshah, thanks..
skrg ni mmg terlalu byk bnda syubhah... kawe pun x reti nk kata apa... di pasar2 basah besar, kerajaan jamin halal.. tp tinjauan mengejut mendapati ada juga kesangsian proses penyembelihan..

Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dalam memakan dari sumber2 yang haram ni
sepohonkayu said…
huh, nak selamat sembelih sendiri yek?
Cikgu Ije said…
bdebar lak tgk ayam2 tu.. kalaulah dibeli oleh mereka yang tak tahu.. hmm
Muallim Adham said…
salam..

sepohon kayu,
betul tu heh heh.. tp kalo d srwk bimbang juga kut ayam yg dibeli tu dibela bersama2 dgn khinzir... sebab menjadi kebiasaan org bukan Islam bela khinzir di bawah rumah.. tp skrg x tau la. kalo dulu tu adalah kebiasaan bela bersama dgn ternakan lain

ije,
heh heh tu la.. kita kena setiap hr berhati2..
Teringat kisah semasa melancong ke Bali. 85% beragama hindu. Tapi kalau kita lihat dari muka, pakaian dan percakapan mrk, kita sendiri akan terkeliru. Sebiji mcm org islam di Msia. Saya pernah tanya seorg yg katanya beragama islam. Are you Muslim?. Dijwbnya, Insyaallah. Aduh! Parah betul...Mmg disana bahasa percakapan samada jawa atau Bahasa Inggeris...Jadi nak makan ayam ke, lembu ke, mmg langsung tak yakin disembelih dgn sempurna.
Muallim Adham said…
salam..
hajah Nafisah bt Hj Md Noor,
yup itu lah yg dirisaukan.. jika dulu masyarakat Melayu sudah sinonim dengan Islam.. tetapi sekarang keadaan sebaliknya berlaku huhuhuhu
Kamil L said…
sebab utama adalah disebabkan ramai ustaz2 yg tak nak pergi ke hulu2 untuk menyebarkan ajaran agama Islam. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi ini lah hakikatnya. Pihak berwajib? kalo ada pun, sebulan skali..itu kalo ada.... Sebenarnya ada sejarah yg menyebabkan kurangnya penyebaran agama islam kat swk..huhuhu...Saya tak nak cerita kat sini, nanti jd isu plak. sb sensitif kan..huhuhu...
Muallim Adham said…
salam kamil,
thanks.. mmg betul.. so skrg ni alhamdulillah, kawe tgk ada inisiatif dari seorang sahabat (rakan guru d Kapit) yang membawa jemaah dari semenanjung untuk berdaawah di kapit.. cuma sesi daawah tak dapat dijalankan secara menyeluruh disebbakan kekangan jarak yg jauh.. yg ptg sudah ada permulaan.. insyaAllah semoga ianya akan berterusan pada masa akan datang
sememangnya mencari yang halal itu FARDHU..
jadi kita hendaklah berwaspada dengan situasi macam ni..
Sekarang nak cari ayam halal bukan benda senang..nak2 yang kat pasaraya..
ummu said…
Makanan yang halallagi toyyiba , dah kena jadi tanggungjawab kita agar kita sentiasa terpelihara dan mudah nak ibadah
Muallim Adham said…
salam...

jqaf sk sulaiman,
thanks.. mmg betul..

ummu masyita,
yup tgjwb kita semua...
neem said…
salam,

gambar ayam tu menakutkan sayo. tak pernah pula ore g kat kawase sabah mahupun serawak.

keadaan menunjukkan yg kita perlu buatkan sesuatu di kawasan tu. hmm

takut. makin tambah takut.