Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari last mengawas PMR di SMK Balleh, kawe dan beberapa pengawas semenanjung dijemput untuk ke Nanga Sempili yang terletak lebih hulu dari SMK Balleh. Kami bertolak pada jam 4.15pm menaiki perahu panjang selama 45minit dari SMK Balleh. Diantara rakan2 guru yang terlibat ialah Cikgu Gunavathi, Cikgu Denniyanti, Cikgu Manggai, Cikgu Kelvin, Cikgu Sudan, Cikgu Jun, Cikgu Ranggi,Cikgu shertella dan Cikgu Ngu.
Kami seramai 10 orang menaiki perahu dengan enjen kuasa 15 je heh heh heh.. Ok juga la perjalanan petang tu tak panas dan cool je.. Dari jauh tengok perahu ni kecil je dan agak menakutkan.. Tapi bila berada dalam perahu ni.. rasa selamat sebab ianya agak besar heh heh..
Sempat juga la kami ambil gambar semasa dalam perahu panjang ni... seronok juga travell lagu ni.. Semakin ke hulu air sungainya semakin cantik woo.. kalau musim kemarau lagi la mantap. Siap boleh picnic lagi walaupun di depan sekolah heh heh heh..
Sepanjang perjalanan kami ke Ng Sempili, kami terjumpa beberapa tokang / kapal kargo yang karam. Punca karam kawe pon tak pasti.. ianya memang tersadai di sana sekian lama..
Akhirnya kami sampai di Ng Sempili.. Tengok dari jauh rumah panjang sangat berbeza.. walaupun jauh di pedalaman, semuanya sudah moden dan lengkap dengan kemudahan.. Sumber elektrik mereka adalah generator enjen diesel. Manakala air plak dari sungai. Rumah panjang yang kawe lawati ni adalah sebenarnya rumah penjang kepada rakan guru GSTT dari SMK Balleh, Manggai. Kami amat berterima kasih kepadanya kerana membawa kami ke rumah oanjang ni bertemu dengan keluarganya. Dalam rumah ni ada satu alat menenun.. kawe pon tengok la proses menenun kain tradisional Iban.. tapi lupa apa namanya huhuhuu.. Seterusnya kami bergambar di kawasan santai depan rumah panjang ni.. tengok la betapa luasnya heh heh..
Semasa di rumah panjang, kami disambut dengan meriah.. Kami dihidangkan teh dan makanan ringan.. Satu adat yang masih diamalkan mereka ialah menghidangkan air tapai kepada tetamu. Pada awalnya tuan rumah mempelawa kawe... tapi kawe menolak dengan baik dan mereka sudah memahami kerana Islam tidak membenarkan penganutnya meminum minuman keras.
Akhir sekali.. sebelum pulang, semua rombongan bergambar kenang-kenangan dengan pakaian tradisi iban heh heh.. Kawe pun diberi cenderahati daripada keluarga.. iaitu rantai manek yang digantung di leher heh heh.. Terima kasih kepada semua sahabat dari Kapit terumatamanya warga SMK balleh. Tuan Pengetua Balleh, En Ganis yang mencetuskan idea aktiviti sebegini. Kami pun tak terfikir sebegini rupa sambutan pihak sekolah kepada pengawas peperiksaan.. Seolah2 kami ni datang bercuti pulak di Balleh heh heh heh.. Kawe sangat hargainya.. pengalaman ni memang susah nak dapat
30 Comments
beh gok eh sano..
naman,
i say kalo sekali sekalo idup lagu ni ok, mmg best.. kalo sepanjang hidup lagu ni.. otok juga kawe huhuhuu.. kawe abis lama pun 3-4 tahun jah d srwk ni.. pahni kena kelik semenanjung juga hehehehhe
huhuhuhu... saya dah jealous dah ni...
rasa mcm nak terbang ke sana jer... best tu naik bot... huhuhuhu..
sungai rejang mmg la biasa tapi mmg buaya banyak ya? tapi takkan sepanjang sungai rejang ni ada buaya ganas... huhuhu... then sg yang cikgu dok lalu tu ada buaya x..?
mohon penjelasan... tentang sg2 di nogori sarawak...
scrlettfr,
act xda lg kes buaya mengancam keselamatan manusia.. saya pun x pernah lg nmpak buaya sepanjang sg rejang.. cuma ada kes orang nampak buaya berenang je hehehehehe...
kalau sungai di Sri Aman dan Lubuk Antu mmg byk buaya,.. jelas kelihatan bila kita naik perahu atau bot..
kamil,
yup lebih kurang gtu la.. krja sambil berjalan2... kira ok la kamu gi rumah panjang punan.. saya plak x pernah lg sampai rumah panjang punan..
lupak lak nak tanya cikgu... cikgu dah naik santubong?
klau nak naik.. ajak saya leh.. 2 bulan lebih awal ker... insyaallah saya terbang ke sana... tgh cari geng2 nak naik santubong...
wah, seronoknya jaga PMR kat kawasan pedalaman tu. Yang pentingnya ialah kita dapat pengalaman berguna. Pengalaman itu tak dapat dikutip kat mana-mana.
scrlettfr,
rasanya kalo berkayak di sg rejang xda masalah.. mesti ada dinggi follow kan.. kalo dinggi x sesuai kut pasal byk kayu balak terapung dan cebisan2 kecik kayu balak.. nnt bocor plak dinggi heh heh heh..
setakat berkayak berkumpulan xda masalah.. mesti berkayak d kw hulu la br mantap.. tp mslhnya nk angkut kayak tu susah la sebab xda jln darat.. jln sg pun kalo musim kemarau bot ekpress xbleh nk lalu smpai hulu kerana cetek
ops lupa satu lg.. gunung santubong cikgu x pernah naik lg tu.. teringin juga nk naik.. kalo nk naik kinabalu pun cikgu berminat dan sanggup amek cuti heh heheh..tp mslhnya x tahu nk uruskan mcmn... wat masa ni musim cuti ckg mmg sibuk dgn program penting.. ada mjlis khwin dlm keluarga.. so xtau la sempat ke x...
insan pendidik,
adei heh heh xtau la setakat ni x pernah lg jumpa sekolah yg amat sporting mcm ni.. sangat bertuah team pengawas kawe kerana pengetua siap aturkan program ke rumah panjang ni agar kami merasai sendiri adat budaya di rumah panjang
memang banyak pengalaman cikgu kalau gini kan...i like!(^_^)
cik amy sensei,
wslm ziarah..
sizuka,
hah hah nmpak mmg best.. bila laluinya lg la best heh heh heh.. x rugi mencari pengalaman ni.. act kalo kita x usaha mencarinya mmg x dpt juga.. macam member perempuan ckg yg sama2 ikut ni, dh 4 tahun kt kapit tapi x pernah naik perahu ni..
best jugak ye ngajar kat sarawak..
tapi ramai yg takut kalau kena posting kat sana kan!!
sonata anak kancil,
yup itu la ceritanya heh heh.. sgt best tak terkira utk nimat pengalaman sebegini.. rumah pnjg pun dh moden.. mereka pun dh memasukkan unsur2 moden dlm rumah pjg.. so skrg idup di rumah pjg juh lebih selesa..
imanshah,
wah hh heh heh.. pintu kapit sentiasa terbuka... org2 kapit mmg suka meraikan tetamu yg hdir heh heh...
fadzilh,
thanks.. cikgu mmg cuba utk kongsi pengalaman agar semua org tidk takut utk datang ke kapit..
tidak dinafikan semua tak mahu dtg ke kapit kerana faktor jraknya yg tersangat jauh... kalo masuk ke pedalaman spt di rumah pnjg tu lagi la jauh... ada member amek masa 2 hari utk ke sibu dr nanga Sempili... dari sibu bru la boleh balik ke semenanjung.. bayangkn jika berlaku kecemasan, paling cpt pun 2 hr br la smpai ke kampung...
semasa datuk kawe meninggal pertengahan tahun ni pun kawe x sempt balik kerana faktor jarak huhuhuhuhu
shahbandar..
ambopun pelik naper ramai pompuan jd cikgu ni...
pelik la td ada sahabat yg mntak cikgu cerita pasalparang hilang... tp pelik xtau mcmmn komennya dlm entry ni bleh hilang.. hamba Allah berkenaan kalo baca komen ni sila email cikgu d dehewaraspak@yahoo.com
tp sebenarnya cikgu pun x arif sgt bkenaan parang hilang hehehe
tgk pnglmn2 demo, cite2 best demo, mmg trase nk g keje sane lak..hehe :D
wslm... mmg la kawe sengaja biar semua org nmpak berminat utk ke kapit.. biar cikgu2 baru pun rasa x takut utk ke kapit... maka senang la nnt kawe nk mntak transfer ke sememnanjung heh heh
pengalaman yang menarik.dulu saya dan suami berminat juga nak posting di Sabah atau sarawak,tapi Allah tak izinkan.
wslm..
yup semua tu ada hikmah di sebalik apa yg Allah tentukan.. mengajar dimana2 pun sama je.. yg penting kita ikhlas menyumbang bakti.. insyaAllah ada keberkatan
bila tengok tongkang terbalik karam cam tu okey lagi. tapi bila terfikir tang boya tu adoiii tak sanggup!!
cikgu rashid,
adei heh heh heh.. setakat ni org kampung di persisiran sg rejang d kapit tgk beberapa ekor je yg timbul buaya tu... xda kes2 pelik lg heh heh
Hajah Nafisah bt Haji Md. Noor,
wslm.. waw mantap.. ok nnt kita kongsi pengalaman... thanks kerana kunjungi blog ni
huhuhu rindunya kat umah panjang aku ni..hehe..ma kasih coz upload pic ni ye sikgu..k aku nak kongsi ngan korang kat s. balleh jarang ada buaya x mcm kat area sungai rajang ataupun baram n sungai sarawak. Kat sungai balleh x pernah dgr brita dr mamalia ni buat kecoh, ni umur aku dh lebih 20-an dh. kat balleh spesis ni takut nak keluar coz ada bot2 besar, tongkang n ekspress y lalu lalang..aku pun x pernah tgk buaya keluar kat s.balleh jujur aku katakan, berenang menyeberangi sungai balleh dan mandi manda dr tebing ke rebing satu lg n memang rutin kitorang mandi manda camtu..heehe..jumpa lg lain hri aku smbung ceta..papai.