Assalamualikum dan salam sejahtera..

Tak sangka plak pagi ni hujan lebat. Memandangkan hari ni hari Khamis, biasa la kena berpakaian batik ke sekolah. Kebanyakan cikgu di Kapit ni hanya memiliki motosikal je kecuali cikgu2 yang ada keluarga, mereka mesti ada kereta untuk memudahkan pergerakan anak-isteri mereka.. Kawe pun pagi ni terpaksa la bungkus kasut dalam plastik, pakai baju hujan berlapis2, tunggang moto pecut untuk ke sekolah. Tepat jam 06:50 pagi sampai di sekolah terus Punch Card. 

Jarak sekolah dengan rumah sewa kawe ada la dalam 5km je. So kawe tunggang motosikal kapcai kawe tu selaju 60km/j selama 10min, sampai la kt sekolah. Sekarang memang musim hujan kat Kapit ni. So selalu ni biasa la bagi kami utk ke sekolah macam ni. Nak pakai kreta pun, bukan tak mampu, tapi keadaan jalan di kapit ni hanya sesuai untuk motosikal je la heh heh
Bila dah punch card, kawe pun masuk bilik guru pakai kasut.. Masa ni seluar memang basah la dari lutut ke bawah.. Tapi apa bleh buat... perkara biasa dlm awal bulan ni.. 


Sekarang baru la boleh memulakan tugas heh heh heh