Assalamualikum dan salam sejahtera. Sudah lama kawe tidak memasukkan cerita dan pengalaman kawe sebagai Mudarris di Kapit. Kali ini kawe ingin berkongsi pengalaman melihat haiwan exotic yang dijual di pasar Kapit sebagai makanan exotic masyarakat di sini. Mungkin gambar ini kawe telah dedahkan dan ada beberapa gambar yang terbaru buat perkongsian sahabat sekalian. 

Jom subscribe chanel saya 




Pada 2-4 April 2010, kawe dan sahabat serumah telah bercuti ke Sibu. Jadi laluan utama adalah melaui Sungai Rejang, sungai terpanjang di Malaysia. Gambar di atas adalah keadaan Wharf (jeti) di Kapit. 

Di pasar kapit terutamanya pada hujung minggu biasanya penduduk di pedalaman akan berkumpil di Kapit untuk mencari barang keperluan dan menjual hasil hutan mereka seperti barang pertanian dan tangkapan. Contoh di atas ialah labi-labi yang dijual sebagai menu exotic. Biasanya labi-labi ini mereka masak sup.. huhuhu..

Dalam banyak-banyak haiwan pelik, ulat mulong ni la antara haiwan yang halal dimakan dan telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Malaysia. Biasanya ulat ni dijual RM1 seekor dan rasanya agak lemak-lemak. kalo di semenanjung ia diperolehi dalam sagu. Mulong tu sebenarnya sagu dalam bahasa Iban hehe. Biasanya ulat ini dimakan mentah2 dan digoreng.. Tapi kawe sendiri tak pernah merasainya dan setakat ni tak ada angan-anagn untuk mencubanya hehe.. 


Haiwan yang dibelah dua secara lateral di atas plak ialah musang buah. Di kapit ni terdapat macam-macam benda pelik huhuhu. Sampai musang buah yang dijual ni sudah siap disiang dan hanya perlu potong-potong untuk dimasak huhuhu. Ingin ditegaskan di sini ya bahawa semua maknan ini haram dimakan untuk penganut agama Islam kecuali ulat mulong tadi je hehe.. Tapi ada sesetengah masyarakat Islam di Kapit yang jahil mendakwa musang buah boleh dimakan sebab ianya hanya makan buah je di atas pokok huhuhuu... Nauzubillah..


Ini plak paling istimewa untuk dikongsi semua. Kawe sangat bertuah dapat melihat Ular sawa dijual. Di kapit ni ular sawa akan melarikan diri jika berjumpa manusia sebab pasti ditangkap kerana ianya bernilai RM30 sekilogram huhuhuhu. PMinggu lepas kawe bertuah kerana melihat sendiri bagaimana Ular sawa di siang, dipotong-potong dan dilapah untuk dijual. 


Biasanya apabila ular sawa dibawa ke pasar Kapit, para pelanggan sudah menunggu dan sebelum ianya siap dipotong, ular sawa tersebut sudah habis ditempah oleh pelanggang. Adei sekali tengok memang menggelikan dengan baunya yang hanyir..

Bagi penduduksetempat yang berburu di hutan, apabila mereka berjaya menangkap ular sawa, menjadi satu bonus untuk mereka kerana agak lumayan apabila dijual di Pasar..

Kawe pernah bertanya kepada sahabat kawe yang merupakan anak jati Kapit. Macammana masakan yang terbaik untuk ular sawa.. Beliau mendakwa ular sawa nyamai (enak) dimasak kicap dengan memasukkan bawang putih banyak-banyak.. hehehe sekali dengar memang rasa geli beb..

Dan akhir sekali ialah ayam ni hehe. Tengok harga memang tak munasabah untuk dijual seekor ayam jantan dengan harga RM360. Tapi ini antara yang termurah kerana biasanya harga seekor ayam begini adalah ribuan ringgit. Ini adalah ayam laga. Budaya di sini adalah bersabung ayam. Walaupun ianya haram di sisi Islam, tetapi adab dan budaya masyarakat disini tak tahu erti semuanya kerana itu memang budaya mereka. 

Saya sempat juga melihat ular sawa hidup disembelih dan dipotong di depan pelanggan. Kemudian pelanggan akan berebut2 untuk membelinya. sila klik link ini untuk melihat video tersebut.