Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hari ni kawe berpeluang sekali agi mengikuti aktiviti yang sangat best iaitu melawat satu rumah panjang yang paling "clasic" yang kawe jumpa di Sarawa iaitu di Rh Jandok, Ulu Yong, 96807 Kapit. Kebiasaanya rumah panjang yang kawe jumpa selama ini sudah dimodenkan dan ini la satu2nya rumah tradisional yang masih kekal lagi keasliannya.. 

Material rumah panjang ni hampir 100% daripada kayu. Sangat unik. Kami mengambil masa 30-45 minit mnaiki motosikal dari pekan kapit ke Ulu Yong. Sambil menikmati keindahan alam heh eh

Dalam rumah panjang, kawe sempat bergambar bersama seorang apai (bapa) kepada 2 orang anak kembar ni.. Anaknya malu2 sikit bila nak bergambar heh heh... 

Ini pintu gerbang, pintu masuk sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah panjang tersebut.. Biasanya kebanyakan rumah panjang dibina sebelah dengan sungai. Begitu juga Rh Jandok ni, sebelum menaiki tangga Rh Jandok, kami akan melintasi jambatan menyeberangi sungai..


Ini adalah part yang seram gak la. Biaanya dalam rumah panjang tradisional, mereka akan menggantungkan kepala tengkorak ni sebagai simbol kekuatan, keberanian dan ehebatan pahlawan mereka di zaman silam. Semakin banyak bilangan kepala musuh yang dipenggal, semakin hebat seorang pahlawan itu.. Tapi betul ke hehe. kalo salah, betulkan ya.. rasa2 gtu la..

Ini pula keadaan di halaman rumah panjang.. Kami beratur sebelum menaiki rumah panjang ni

Ya kawe bergambar di halaman rumah panjang ni.. kalau oran kelantam, dia panggil macam gelegar... di sini mereka akan melakukan apa2 aktiviti.. buat masa ni, mereka menjemur hasil pertanian dan hasil hutan di ruangan ini..


Ya ni la keadaan apabia kami meniti tangga untuk menaiki ke ruangan hadapan rumah panjang... nampak kayu seperti reput.. cuak juga nak melaluinya.. tapi kayunya masih kuat..

Adeiii heh heh

Antara rakan sahabat guru yang menyertai rombongan ni..


Terima kasih la kepada semua yyang terlibat.. yang menjemput kawe untuk menyertai aktiviti ni hehe.. Mana tau ni la aktiviti terakhir kawe di Kapit sebelum kawe dapat pindah ke semenanjung nnt hehe insyaAllah.. Kepada Saudara Taqiuddin, terima kasih atas photo ihsan ni.. sangat mantap.. Juga terima kasih kepada rakan guru dari SMK Kapit, SMK Kapit no2 dan semua la yang memberi ruang untuk kawe join semua ni hehe...


Antara keadaan Rh Jandok ketika kami menaiki tangga dari Sungai..

Kami bergambar kenangan di bahagian haapan rumah panjang sebelum pulai (pulang). 

Bergambar dengan beberapa penghuni Rh Jandok yang semuanya sporting dan peramah..

Bergambar dengan antara "Otai" Rh Jando hehe..