Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Cuti hujung minggu lepas kawe rasa cukup bertuah bila berkesempatan join ana2 kawe dari tingkatan 5A5 SMK Selirik untuk masuk hutan belakang sekolah hehehhe.. Motif kami adalah untuk memancing dan snap view keindahan alam semulajadi dalam hutan ni..


Perjalanan kami bermula dengan berkumpul di sekolah jam 13oo. Kami memulakan berjalanan lebih kurang jam 1330 dan perjalnan melalui anak sungai yang cukup memenatkan selama 2jam untuk sampai ke destinasi.. fuyyooo turun bukit naik bukit...


Antara rakan guru yang ikut ialah Cikgu Ikhwn, Cikgu Abang, Cikgu Firdaus, cikgu Alimi dan Cikgu Asrul.. Sepanjang perjalanan mmg best beb.. hutan sini mmg bersih dari pencemaran..

Sepanjang perjalanan, kami kena naik bukit dan turun bukit. Kalao kepala lutut menyentuh dada tu, itu adalah perkara biasa...


Antara laluan kami ialah melalui lorong2 kecil gini.. Lorong2 ni adalah laluan anak sungai yg terbentuk dari mata air atas bukit yang mengalir ke sungai Amang.. Maka kami tak perlu bimbang jika sesat kerana hanya perlu ikut laluan anak sungai ni je. 


Selepas melalui anak sungai tadi, kami akan melalui sungai yang lebih besar. Di sini anak2 kawe mula menebar jala untuk dapatkan ikan kecil2 yang bermain2 di celah2 batu..

Ini lah tempat yang kami nak tuju.. Setelah 2jam berjalan, akhirnya sampai ke destinasi. Di sini kami memancing, menjala dan makan bekalan yg dibawa keh keh keh... Sambil tu mandi-manda la.. best amat. airnya jernih.. bleh tengok anak2 ikan berenang.. 

Antara pengalaman kawe yang best ialah menjala ikan.. yang ni kawe tak pandai.. Tapi anak2 kawe yang ajar sampai pandai.. Thanks la anak2 5A5 yang ajar cikgu menjala ni sampai dapat ikan banyak juga la keh keh keh..



Dan setelah beberapa jam di hulu Sg Amang, akhirnya selepas solat asar dan zuhur dalam hutan, kami mula berkemas dan bertolak keluar dari hutan dalam jam 1830. Cuak juga sebab magrib kat sini seawal 1850. So kami terpaksa berjalan dalam gelap ikut air sungai Amang td sehingga la smpai ke jalan besar tepat jam 1945. Alhamdulillah semua selamat. Ini lah antara anak2 kawe yang sangat sporting dalam aktiviti ni..