About Me

header ads

Apakah nama buah ni?

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat sekalian. Cuti Mac lepas kawe balik ke kampung ibu kawe di Kandek, Kuala Krai Kelantan dekat dengan Gunung Stong. Kawe ambil kesempatan untuk memerhati sekeliling rumah nenek kawe dan melihat sejenis buah yang agak popular semasa kawe kecil2 dulu. Kami memanggilnya buah katak puru. Atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora. Pokok ini sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.

Buah katak puru juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat2 tertentu di Malaysia. Buahnya memang enak dimakan dan mempunyai khasiat yang cukup tinggi. Namun jarang diambil berat oleh kebanyakan masyarakat kerana tidak dikomersilkan. Marilah makan buah-buahan tempatan hehe..

Post a Comment

7 Comments

Ros Illiyyuun said…
Assalamualaikum

Pernah makan buah ini, memang sedap tapi susah nak dijumpai lagi. Kenal buah/pokok inipun bila dah berumur belasan tahun.

Saya juga diperkenalkan buah ini dengan nama katak puru juga.

Rasanya kalau disebarluaskan buah ini boleh dikomersialkan.

Tq.
Muallim Adham said…
Ros Illiyyuun,
wslm...
ya a.. heheh ya la mmg betul.. ya mungkin agency kerajaan buleh komersilkan buah ni.. mmg mantap.. bila tgk dlm wikipedia, buah ni hanya banyak ditemui di kepulauan nusantara je.. may be tempat2 lain ada, tp x banyak kut..
Unknown said…
salam...di kampong kawe dulu2 terkenal dgn panggilan buah katak..blum pernah terlintas akan mencubanya karna geli kpd nomenklatur reptilianya..tp insyaAllah lpas ni kawe try..yelah,apa ada pada nama kan...
Muallim Adham said…
aryaan30,
wslm..
ya ka.. buah katak deh.. tp sebab kulit dia mcm katak sbab tu la kut dinamakan katak.. tp mmg berkhasia buah ni.. masam2 manis.. kawe mmg suka mkn benda alah ni
aqamz said…
tgk kulit pon takut. huhu
Kamil L said…
buah NAM-NAM atau KATAK PURU, Cynometra cauliflora dan berasal dari utara Malaysia Barat tapi kini ditanam di negeri-negeri lain di Malaysia. Tapi tak pernah makan...tp nampak sedap :)
Muallim Adham said…
salam alaik..

aqamz,
tgk rupa mmg gtu mcm buah peria, kultnya mengerutu, tp khasiatnya byk heheh..

Kamil,
hehe wah tq info anda.. tp sayang jika x pernah mkn hehe. meh jemput ke kg saya, insyaAllah nnt bleh mkn heheh