Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat sekalian. Cuti Mac lepas kawe balik ke kampung ibu kawe di Kandek, Kuala Krai Kelantan dekat dengan Gunung Stong. Kawe ambil kesempatan untuk memerhati sekeliling rumah nenek kawe dan melihat sejenis buah yang agak popular semasa kawe kecil2 dulu. Kami memanggilnya buah katak puru. Atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora. Pokok ini sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Buah katak puru juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat2 tertentu di Malaysia. Buahnya memang enak dimakan dan mempunyai khasiat yang cukup tinggi. Namun jarang diambil berat oleh kebanyakan masyarakat kerana tidak dikomersilkan. Marilah makan buah-buahan tempatan hehe..