About Me

header ads

Program Titian Kasih Guru Kapit ke Rh Belikaw


Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian. Kapit, 21 Mei 2011; Street Futboler Airport (SFA) 2011 telah berjaya menjalankan satu program tahunan yang dikenali sebagai 'Program Titian Kasih Guru Kapit 2011' yang juga merupakan kesinambungan program tahun 2010 di Rh. Lintang, Song.
Program sehari tersebut dijalankan di RH. Belikaw, Ng. Encheremin. Ahli SFA dapat menimba pengalaman berguna dengan menaiki perahu panjang yang mengambil masa perjalanan 1 jam menyelusuri Sungai Rajang ke rumah panjang tersebut. Moga ukhwah dan persaudaraan sesama ahli akan terus berkekalan dibawah rahmatNya.

Peserta yang terdiri daripada guru SMK Kapit, SMK Selirik, SK Sg Amang, SK Sg Kapit dan Farmasi Hospital Kapit menyertai program ini menaiki 4 perahu (long boat) dari pekan Kapit ke Rh Belikaw selama hampir 1 jam. Setibanya kami di Rh Belikaw, kami disambut secara sederhana tetapi cukup meriah oleh penghuni Rh Belikaw. Dalam masa yang singkat semua peserta dapat menyesuaikan diri dengan penghuni Rh Belikaw kerana sifat penguhi tersebut yang amat peramah. Banyak aktiviti berjaya dilaksanakan di Rh Belikau seperti program motivasi untuk anak-anak, aktiviti memasak ayam pansoh dan ikan pansoh (sejenis masakan tradisional iban dalam buluh).
Di samping itu, Rombongan juga turut memberi sumbangan berupa buku-buku untuk anak-anak penghuni Rh Belikau bagi kegunaan mereka dalam akademik. Terdapat 6 pelajar di SMK Kapit adalah berasal dari Rh Belikau pada tahun 2011. Tidak duilupakan, dimana jua berada kewajipan tetap dilaksanakan.. Walaupun kesemua penghuni Rh Belikau adalah bukan Muslim, namun mereka amat perihatin akan kewajipan orang Muslim. Di Rh Belikau tidak perlu risau kerana ada disediakan tempat untuk tetamu Muslim menunaikan kewajipan solat dan ada juga disediakan peralatan memasak yg halal untuk kami. Terima kasih sekali lagi buat warga Rh Belikaw. Sebelum pulang semula ke Pekan Kapit, Kami mengabil kesempatan untuk singgah di SK Ng Encheremin yang merupakan sekolah rendah kategori pedalaman di seberang sungai Rh Belikaw. Kami berpeluang meninjau keadaan sekolah ni dan dapat menghayati pengorbanan guru di sini mendidik anak-anak. Syabas dan tahniah buat guru-guru di sini yang begitu tabah bertugas di pedalaman. Akhir kata, terima kasih buat semua pihak yang menjayakan program ini. Moga ukhwah dan persaudaraan sesama ahli akan terus berkekalan dibawah rahmatNya.. amin ~SAHABAT . FAHAMI . ASPIRASI~

Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
mantap!!smge progrm2 mcm ni..terus d adakn..mmupuk smgt ukhwah antra peserta dan penduduk stempat..
Muallim Adham said…
ya terima kasih... insyaAllah selagi ada rezeki... kami akan berusaha