About Me

header ads

Kursus Asas Pengurusan Jenazah


Bismillah. Pada 19-20 Julai 2011 berlangsungnya Kursus Asas Pengurusan Jenazah di Masjid Jabal An Nur, Kapit yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Kapit. Kursus yang disertai oleh wakil dari beberapa jabatan di Bahagian Kapit dan wakil JKK kampung berdekatan mendapat respond yang positif bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi pelapis mengenai asas pengurusan jenazah.

Kursus berjalan lancar selama 2 hari yang disampaikan oleh Ustaz Yusuf b Hazemi daripada Bahagian Daawah, Jabatan Agama Islam Sarawak. Pada hari pertama peserta diberi penerangan secara teori mengenai pengurusan jenazah pada sebelum tiba kematian sehinggalah selepas kematian manusia berkenaan adab-adab, perkara wajib, perkara sunat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pengurusan jenazah.

Pada hari kedua kursus ini dipanjangkan dengan sesi amali dimana seorang peserta dipilih untuk menjadi sample untuk proses dimandikan, dikapankan dan disolatkan.

Terima kasih kepada smua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Post a Comment

2 Comments

Admin said…
pernah hadir kursus ni,
insaf, dunia pnjaman hanya sketika~
Muallim Adham said…
slm...

cikgu, mmg gtu la adat dia..