About Me

header ads

Prog Jiwa Murni Rh Jala Ng Miaw


Bismillah. Pada 16-17 Julai 2011 satu program Jiwa Murni melibatkan Angota Compeni C, Batalion 1 Rej 510 Askar Wataniah diadakan di Rh Jala, Ng Miaw, Song, Sarawak. Program disertai oleh 28 angota Askar Wataniah termasuk 2 pegawai dan turut disertai oleh 11 orang guru SMK Selirik dan SMK Kapit.


Perjalanan kami bermula dengan menaiki boot ekpres dari Kapit ke Song yang mengambil masa hampir 1 jam. Tiba di Song, rombongan berpecah kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama menaiki perahu (long boat) ke Rh Jala, dan kumpulan kedua menaiki van dan 4WD melalui jalan tak berturap ke Rh Jala. Perjalanan ini mengambil masa hampir 1 jam juga.

Aktiviti kami hampir tergandala untuk menyiapkan jalan simen ke Rh Jala kerana hujan turun begitu lebat pada pagi tersebut. Namun ianya bernasib baik apabila hujan mulai reda pada jam 1200 tengahari dan kami terus mengambil peluang untuk bergotong royang bersama warga Rh Jala menyiapkan jalan tersebut.


Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Lt Kuiek yang mengetuai rombongan. Juga terima kasih kepada sahabat2 yang mengikuti program dan juga warga Rh Jala serta semua pihak yang terlibat.

Post a Comment

0 Comments