About Me

header ads

Beliau dikenali sebagai Apai di Kapit

Bismillaahirrahmaanirrahiim. "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [Surah at-Taghabun:11] 

Tiada siapa menduga Tsunami hebat melanda pada 2006 meragut ribuan nyawa terutama di Sri Langka, Selatan India, Thailand, Malaysia dan Wilayah Islam Acheh. Ianya berlaku sekelip mata tanpa amaran telah menukarkan keselamatan kepada ketakutan, kaya kepada miskin, mengakibatkan anggota keluarga terpisah dan menukarkan hidup kepada mati. 

Ribuan mayat yang sungguh menyayat hati kelihatan bergelimpangan, cebisan kayu dari bot dan rumah kelihatan di segenap tempat. Mayat kanak-kanak tertimbus dengan lumpur, mayat bayi serta mayat yang bercerai anggota badan kelihatan dimana-mana. Cukup menginsafkan kita. Ini la tazkirah langsung dariNya. 

Siapa sangka, disebalik kejadian ini telah merungkaikan sebuah hati untuk menerima hidayah dariNya. Alhamdulillah melalui kekuasaan Allah, kesan dan pengajaran dari tsunami 2006 ini, beliau terpilih untuk menerima hidayah memeluk Islam. 
Beliau yang dimaksudkan ialah  Muhammad Anderson bin Abdullah atau dikenali sebagai Apai dalam kalangan rakan-rakan di Kapit. Nama asal Apai ialah Ajah anak Engga. Apai dilahirkan pada 20 Jan 1958 dan kini Apai sudah menjangkau usia 55 tahun. Apai bekerja sebagai juru ukur kayu degan syarikat pembalakan swasta di Sarawak. Dan kini beliau masih kuat bekerja. Anak-anak Apai semuanya sudah bekerja. Kini Apai dan isteri tinggal di Kapit.
Orangnya lemah lembut, mudah mesra dengan semua orang. Kini Apai sedang memohon untuk menunaikan haji bagi menggantikan kuota ibunya yang tidak lulus pemeriksaan kesihatan. Sudah lama Apai memohon untuk tunaikan ibdat haji sebagai tanda syukur beliau mendapat hidayah. mari kita mendoakan agar Apai dijemput olehNya untuk menunaikan Haji nanti. 

Apabila bersembang dengan Apai, beliau banyak bertanyakan soal agama. Apai tidak jemu dan tidak malu bertanya soal agama walau dengan sesiapa pon, tanpa mengira peringkat usia. Nasihat yang selalu keluar dari Apai ialah; "belajar lah. Rugi kalau kamu tidak belajar".

Semoga bermanfaat untuk dikongsikan dengan sahabat sekalian. Jika ada maklumat, kawe akan update kisah Apai dari semasa ke semasa. 

Post a Comment

2 Comments

da great azami said…
Bkn ker Tsunami tu thn 2004....
Muallim Adham said…
Slm alaik.. Entah ya la kut 2004... Sbb byk sgt terjadi tsunami. Apa2 pon yang penting ibrah kejadian kita nk kongsikan apa berlaku terhadai Apai. Tarikh yg tepat sebenarnya saudara buleh google dlm internet...