|
Pembukaan Kuliah Pengubatan Islam Kumpulan Ke-5 Darrusyifa Kuching 2014 |
Bismillah. Perkongsian pengalaman Abe Mad menceburi diri dalam Darrusyifa Sarawak. Pertengahan tahun 2014, ada iklan pengambilan pelajar kumpulan ke-5 Darussyifa Kuching, masa tu berbolak balik hati ni, nak ikut ke tak. Takut tak mampu sebenarnya. Pikir punya pikir, rasa macam ada sesuatu yang perlu dipelajari dalam Darrusyifa. Sesungguhnya ilmu Allah tu sangat luas, andai rating-rating kayu itu dijadikan mata pena, dan seluruh air laut dijadikan dakwat, maka belum cukup untuk menulis segala ilmu Allah dalam alam ini. Ilmu Pengubatan Islam sebahagian dari khazanah ilmu yang makin dilupai, melalui mempelajari ilmu ni, semoga khazanah ilmu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati masyarakat sebagai "compliment medicine" (rawatan pelengkap) dalam rawatan moden sekarang. Untuk pengetahuan pembaca, Darrusyifa adalah badan pengamal perubatan Islam yang diiktiraf oleh KKM sebagai "complimentary medicine".
|
Kuliah pertama dari Tuan Guru dan Majlis zikir |
Sebagai pelajar Darussyifa, menuntut komitmen yang tinggi. Banyak perkara perlu dikorbankan dan banyak ujian perlu ditempuhi. Pengalaman saya belajar, bukan hanya pelajar mengenai ilmu pengubatan Islam, tetapi "proses" belajar "ilmu" itu sendiri yang amat mahal nilainya. Mengikuti kuliah Tuan Guru Ust Haron Din sendiri memberi pengalaman yang berharga dan bermakna. Setiap kuliah beliau, pasti akan mendapat ilmu yang baru, walaupun tajuk kuliah yang sama dihadiri. Ini membuatkan semua pelajar akan merindui saat kuliah yang diberikan Tuan Guru sendiri. Sebagai pelajar, perlu penuhi tanggungjawab sebagai pelajar iaitu hadir majlis zikir, menghafaz semua ruqyah, menghadiri kuliah (tempoh kuliah yang agak panjang) dan ditasmid. Sebelum diijazahkan, setiap pelajar akan ditasmid (tasmid ruqyah dan tasmid herba) oleh pentasmid yang dilantik. Tasmid ruqyah melibatkan semua bacaan ruqyah. Manakala tasmid herba melibatkan beberapa contoh penyakit, doa/ruqya yang digunakan dan penggunaan herba bagi merawat penyakit berkenaan. Setelah lulus tasmid, dan cukup jam sesi kuliah, maka biasanya pelajar akan diijazahkan dengan ilmu Pengubatan Islam.
Mempelajari ilmu pengetahuan mungkin mudah berbanding mengamalkannya. Itulah tanggungjawab yang besar sekali untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan sesi kuliah ini dan diijazahkan "Pengubatan Islam" oleh Tuan Guru pada 2015. Abe Mad nk rekemen kepada para doktor dan penolong pegawai perubatan untuk mengikuti kursus ini. Mollek sekiranya diamalkan ruqyah pengubatan Islam semasa merawat penyakit fizikal patient (pt). Disamping berkhidmat memberi rawatan kepada pt, boleh diselitkan unsur-unsur dakwah untuk pt. Kerana orang sakit diibaratkan orang yang sedang lemas, meraka akan sanggup berpaut pada sebarang benda sekalipun walau sehelai rumput demi menyelamatkan nyawa. Pt akan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat kesembuhan. Dibimbangi pt akan sanggup mendapat rawatan yang tidak syariah seperti berjumpa tukang sihir dan sebagainya sehingga moleh merosakkan aqidah. Maka sebagai perawat, perlu selamatkan pt ini bersama aqidah mereka...
|
Antara Buku Teks dan Rujukan sepanjang pengajian |
Jika diselidiki tokoh perubatan Islam lampau, mereka merawat semua penyakit manusia (fizikal dan rohani) digabungkan dengan ruqyah (doa). Ibnu Sina dalam kitabnya menyelitkan ruqyah dalam rawatan penyakit fizikal. Namun khazanah ilmu ini mula dilupai sebaik seiring dengan kajatuhan zaman ilmuan Islam. Semoga usaha Tuan Guru dan seluruh ahli Darussyifa dalam mengembangkan khazanah ilmu ini mendapat keredhaanNya.
|
Kuliah pertama yang Muallim hadiri bersama Tuan Guru |
Walaupun kesihatan TGHD pada masa ini tidak lah begitu baik, namun demi menyebarkan ilmu dan dakwah, beliau tetap gagahkan diri bertemankan anak beliau untuk ke Sarawak bagi menyampaikan kuliah. Setiap pelajar pasti merindui kuliah TGHD.
|
Saat bersalam dengan Tuan Guru |
Pemergian Tuan Guru Haron Din pada 16 Sept 2016 merupakan satu kehilangan besar. Allah sayangkan Tuan Guru. Syukur pada Allah kerana berpeluang menjadi anak muridnya. Bertemu dan berpisah itu kerana Allah. Semoga merahmati dan memberkati Tuan Guru. Amin.
0 Comments