About Me

header ads

RAGBI SAKURA 2018


Perjalanan Ragbi Sakura diteruskan untuk sesi 2018 bermula dengan Don Drury Memorial Therophy pada awal tahun 2018. 

Dibarisi pemain dalam kalangan Form 3 dan Form 4, SAKURA memulakan langkah memenangi "Runner Up Plate". Tewas kepada SMK Muara Tuang pada aksi akhir.


Seterusnya sebagai sekolah NRDP, sekali lagi SAKURA menyertai buat kali kedua  Kejohanan Ragbi 7s NRDP Malaysia Timur yang diadakan di Kuching pada tahun ini.

Dibarisi pemain dalam kalangan Form 1-4, SAKURA memulakan kempen untuk menunjukkan peningkatan pencapaian berbanding tahun lepas yang hanya di kedudukan ke 10 setelah tewas semua perlawanan. 

Alhamdulillah 2018 menunjukkan hasil membanggakan apabila SAKURA memenangi keempat CUP dalam NRDP EAst Malaysia Rugby 7s, satu pencapaian terbaik SAKURA setakat ini. 

SAKURA terus menunjukkan semangat kesukanan dengan menyertai Kuching Festival KRFC-MBKS Rugby Carnivval 2018. Dengan batasan pemain form 4 (kerana form 3 sibuk mempersiapkan diri untuk PT3), SAKURA turun dengan bukan team utama. Namun tetap mencapai Juara Bowl. 


Begitu juga dalam KRFC 7s, Disebabkan kurang peruntukan, SAKURA hanya menghantar pasukan bawah 14 tahun sebagai pendedahan bagi murid junior dalam game. 


Turut menang dalam kategori Bowl. 


Tanpa diduga KRFC mendapat peruntukan saat akhir untuk anjurkan LA SALLE BROTHERS MEMORIAL CUP 7s. SAKURA dengan bantuan PIBG berjaya menghantar satu pasukan terdiri daripada pelajar form 3-4. 

Kali ini SAKURA memenangi Tempat kedua BOWL dalam La Salle Brothers Memorial Cup 7s. 


Sebelum mengakhiri tahun 2018, SAKURA menyertai Kejohanan Ragbi KMSw 10's pada 17 Nov 2018 bertempat di Politeknik Kuching. Kali ni SAKURA ditempat ketiga. 


Terima kasih kepada pihak pengurusan SAKURA dan semua pihak yang menyokong dan membantu menjayakan aktiviti Ragbi SAKURA sepanjang 2018. 

Post a Comment

0 Comments