About Me

header ads

Cikgu Juara Digital 2020

#CikguJuaraDigital 2020

Kempen oleh #mydigitalmaker @ MDEC sempena Hari Guru 2020.

Objektif kempen ini adalah untuk menganugerahkan guru-guru yang kreatif dan inovatif dalam bidang digital dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

TERMA DAN SYARAT 

1. Hanya guru Asas Sains Komputer, Sains Komputer atau Reka Bentuk dan Teknologi boleh boleh mengambil bahagian (Tapi di akhir iklan, BeyMad dengar dibuka untuk semua guru). 

2. Guru yang dicalonkan MESTI mempunyai kriteria seperti berikut:
I. Kreatif dan inovatif dalam mengintegerasikan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran.
II. Penglibatan aktif dalam sebarang aktiviti Digital dan Teknologi.
III. Memenangi anugerah dalam mana-mana pertandingan berkaitan dengan digital teknologi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa (sejak 2018).

3. Kriteria Tambahan:
I. Mempunyai halaman sosial media yang aktif seperti Facebook, Instagram, LinkedIn, Website atau Blogsite (Masukkan butiran sosial media guru yang dicalonkan di dalam profil guru).
II. Menjalinkan kerjasama dengan dengan pihak Industri, Agensi atau NGO. 
III. Penglibatan / penyertaan aktif dalam inisiatif dibawah #mydigitalmaker.

4. 25 Guru akan dipilih untuk memenangi Anugerah #CikguJuaraDigital.

5. 5 Guru yang menjadi pilihan utama akan bertanding dalam Media Sosial melalui proses pengundian oleh orang ramai.

6. Pencalonan tanpa penyerahan profil, gambar dan sebagainya tidak akan dilayankan. 

7. Dengan penyerahan profil dan gambar guru, anda bersetuju dengan pihak #mydigitalmaker untuk menggunakan butiran tersebut untuk sebarang penerbitan bahan sosial media dan sebagainya.

BeyMad sebenarnya tidak terfikir untuk menghantar penyertaan ini. Namun hadirnya Cikgu Azmidi dari Melaka, merupakan seorang guru yang hebat dalam pendidikan khas menggalakkan saya untuk menghantar penyertaan ini. Saya mula berkenalan dgn Cikgu Azmidi (popular dengan inovasinya bertajuk SPEEDLINE) di IUCEL UNIMAS 2019. Dan kumpulan kami masing-masing memenangi pertandingan tersebut bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah. Pada masa yang sama Cikgu Norhailmi juga hadir sebagai penerima anugerah kategori guru. Disebabkan kemenangan dalam IUCEL ini lah menjadi titik tolak bermulanya keyakinan untuk menghantar penyertaan disamping usaha-usaha dan inovasi-inovasi lain berkaitan e-learning yang sedia ada. 

Antara info berkaitan program ini adalah seperti berikut (dipetik dari web MyDigitalMaker): 







Pada 23 April 2020, pihak MYdigitalmaker membuat pengumuman di dalam facebook rasmi mereka, 

"Yang dinanti telahpun tiba!
Pihak MDEC ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua cikgu yang telah menghantar pencalonan bagi #CikguJuaraDigital 2020.
Siapakah antara cikgu yang berjaya mendapatkan tempat 25 teratas, dan berada dalam senarai #CikguJuaraDigital 2020...
💥Jom, kita lihat senarai 1️⃣6️⃣ cikgu yang terpilih. Tahniah untuk cikgu yang tersenarai!
Namun, pasti debaran semua semakin kencang menantikan pengumuman siapakah cikgu TOP 5 #CikguJuaraDigital 2020!
Stay tuned cikgu! Kunjungi laman FB kami esok. Kami akan umumkan keputusannya nanti!
Tahniah sekali kepada cikgu yang telahpun terpilih. Pihak MDEC akan hubungi #cikgujuaradigital yang telahpun berjaya."

 
Alhamdulillah, BeyMad tak sangka tersenarai rupanya. Dan di dalam ni ramai cikgu-cikgu lain yang lebih hebat inovasinya. Terasa kerdil BeyMad. Namun ini semua menjadi pembakar semangat dan inspirasi untuk kita semua berusaha lebih gigih pada masa akan datang demi memartabatkan pendidikan Malaysia. 
Pada masa yang sama, penghargaan ini juga dikongsikan oleh JPN Sarawak melalui En Zakri Ismail, yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya. 


Tahniah diucapkan kepada Cikgu Hirawati Binti Abdul Rahman dari SK Lutong dan Cikgu Ahmad Adham dari SM Sains Kuching Utara kerana telah terpilih untuk disenarai pendek antara 16 orang guru akhir yang terpilih untuk pertandingan Cikgu Juara Digital sempena Hari Guru 2020 anjuran MDEC.

Selamat maju jaya

#stayathome

 

Kemudian, pada hari berikutnya, 24 April 2020, MYdigitalmaker sekali lagi membuat pengumuman, 

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah TOP 5 #CikguJuaraDigital!!
🎉Tahniah kepada Cikgu yang telah dinobatkan sebagai TOP 5 #CikguJuaraDigital


 Waw lagi hebat. Mereka semua ni adalah sumber ilmu BeyMad. Walaupon setakat ni hanya pernah bersemuka dengan Cikgu Norhailmi sahaja, namun yang lain-lain dari Top 5 ini sebenarnya sumber rujukan BeyMad secara senyap. BeyMad belajar dengan mereka semua secara atas talian dan pemerhatian, dan mengamalkan perkongsian dari mereka semua. 


Kempen demi kempen dilakukan oleh guru top 5 ini bagi menentukan siapakan GuruJuaraDigital 2020. Dan akhirnya pada 15 Mei 2020 diumumkan keputusan Guru Juara Digital 2020 melalui facebook MYdigitalmaker: 

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba!
Tahniah kepada PEMENANG #CikguJuaraDigital yang memenangi undi yang paling banyak,

🎉 Cikgu Abdul Rahman 🎉
Diikuti oleh:
Tempat 2️⃣: Cikgu Norhailmi Bin Abdul Mutalib
Tempat 3️⃣: Cikgu Mohd Razif Abd Razak
Tempat 4️⃣: Cikgu Julie Mozianda Bt Ahamat
Tempat 5️⃣: Cikgu Goh Kok Ming

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengundi dan menyokong kempen


Jutaan tahniah dan syabas buat semua cikgu-cikgu yang memenangi dan tersenarai dalam Guru Juara Digital 2020 (click link untuk tengok senarai semua guru juara digital 2020). Sesungguhnya BeyMad tumpang belajar dan tumpang berinspirasi dari cikgu-cikgu semua. 

Post a Comment

0 Comments