About Me

header ads

Live Bersama Cikgu Adham di YouTube



Assalamualaikum dan salam sejahtera. "Live Classroom" pertama Cikgu Adham diadakan pada butiran seperti berikut: 

Subjek: Matematik Tambahan (Tingkatan 5) 
Tajuk: Pengaturcaraan Linear (Linear Programming
Tarikh: 20 Mei 2020 
Masa: 09.00 pagi 
Menggunakan StreamYard live ke channel YouTube dehewaraspak. 

Kelas ini dihostkan oleh 2 pemimpin murid iaitu Saudara Asyraf Hakimi bin Nor Aznan dari Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) dan saudara Mohamad Harith bin Saharudin dari Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA). 

Linear Programming merupakan soalan pilihan di dalam bahagian C di dalam kertas 2 kertas Matematik Tambahan yang memperuntukan sebanyak 10 markah. Kebiasaannya soalan ini merupakan soalan dari aras rendah dan menjadi pilihan pelajar untuk mengutip markah sebanyak mungkin dalam peperiksaan. 

Fokus kelas ini adalah membincangkan kaedah menjawab dan cadangan jawapan bagi soalan SPM bertajuk Linear Programming dari tahun 2018 hingga 2019. Pelajar boleh mendapatkan soalan tersebut pada link di bawah: 

Pelajar bolehlah mencuba untuk menyelesaikan soalan tersebut menggunakan kertas graf, kemudian mengikuti rakaman kelas ini bagi menyemak jawapan dan membuat refleksi kendiri berkenaan pembelajaran ini. 

Semoga aktiviti ini membantu anak-anak di rumah untuk membuat ulang-kaji bagi tajuk Linear Programming. Cikgu doakan anak-anak diberi kefahaman dan dipermudahkan dalam urusan belajar. 

Post a Comment

0 Comments