About Me

header ads

AddMath F4 - Chapter 3: System of Equation (Belajar Mengenai Sistem Persamaan)


Bermula tahun 2020 satu tajuk baru telah dimasukkan dalam silibus baru bagi Matematik Tambahan Tingkatan 4 (KSSM) iaitu Sistem Persamaan (System of Equation). Namun sebenarnya tajuk ini bukanlah sesuatu yang baru kerana tajuk ini adalah penambah-baikan dari tajuk sebelum ini iaitu Persamaan Serentak (Simultaneous Equation) melibatkan persamaan linear dan tidak linear. 

Tajuk ini biasanya keluar pada Bahagian A, Kertas 2 dengan peruntukan sebanyak 5 hingga 7 markah. Bagi mendapat gred yang baik dalam Matematik Tambahan SPM, calon semestinya menguasai topik yang mudah ini. Namun pelajar sering hilang markah kerana tidak menunjukkan kaedah dan cara penyelesaian yang betul. Di dalam video ini, diberi tips dan petua agar calon tidak kehilangan markah. 

Apa yang ditambah dalam tajuk baru ini adalah Sistem Persamaan Linear yang melibatkan Tiga Pembolehubah (System of Linear Equation in Three Variables) dimana terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikannya. 

Bagi Sistem Persamaan Linear yang melibatkan Tiga Pembolehubah (System of Linear Equation in Three Variables), terdapat 3 kaedah yang boleh digunakan iaitu 
1) Substitution method 
2) Elimination method 
3) Gauss Jordan Elimination method. 

Anak-anak boleh belajar melalui contoh video berikut: 

Solve linear equation in three variable by using substitution method 


Solve linear equation in three variable by using elimination 


Solving linear equation in three variable by using Gauss Jordan elimination method (1) 


Solving linear equation in three variable by using Gauss Jordan elimination method (2) 


Seterusnya, bagi menyelesaikan Persamaan Serentak (Simultaneous Equation) melibatkan persamaan linear dan tidak linear, ada beberapa contoh soalan dan contoh penyelesaiannya. Kebiasaanya hanya dua kaedah penyelesaian kuadratik digunakan iaitu 
1) Pemfaktoran kuadratik 
2) Menyelesaian persamaan kuadratik dengan rumus. 

Sila tonton video tutorial berikut kerana terdapat petua agar anda tidak kehilangan markah semasa menjawab soalan. 

Solve simultaneous equation (using factorization 1) 


Solve sinultaneous equation (using factorization 2) 


Solving Simultaneous equation (using formula) 
Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak untuk belajar dan mendapat keputusan yang baik dalam SPM. 

Post a Comment

0 Comments