Tajuk Motion Along A Straight Line atau Gerakan Pada Garis Lurus adalah salah satu cabang penting matematik iaitu kalkulus (calculus), merupakan soalan pilihan dalam Kertas 2, Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Soalan ini merupakan soalan pilihan dalam Bahagian C, dimana markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 10 markah.
Tajuk ini sebenarnya sangat penting untuk memperkenalkan kepada pelajar mengenai aplikasi bidang kalkulus dalam kehidupan. Antara aspek penting yang diuji melibatkan kefahaman dalam konsep sesaran, halaju dan pecutan. Tajuk ini juga dipelajari dalam Fizik dan menjadi kelebihan bagi pelajar yang mengambil pakej kedua-dua subjek Matematik Tambahan dan Fizik.
Menjadi cabaran bagi pelajar yang tidak menguasai asas pembezaan (differentiation) dan pengamiran (integration), kerana tajuk ini menggunakan konsep asas tersebut dalam penyelesaian masalah berayat. Oleh itu pelajar dinasihatkan untuk menguasai asas pembezaan (differentiation) dan pengamiran (integration).
Amat merugikan jika meninggalkan soalan ini kerana aras soalannya adalah mudah dan di sini la pelajar harus mengambil peluang untuk mendapatkan markah dalam peperiksaan.
Berikut merupakan contoh cadangan penyelesaian bagi soalan SPM tahun 2019 melibatkan tajuk Motion Along Straight Line. Jawapan dalam bentuk animasi video dan penerangan jalan cerita diharapkan dapat memberi gambaran keseluruhan mengenai soalan tersebut sekaligus diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Semoga bermanfaat.
0 Comments