About Me

header ads

Jom belajar pemfaktoran kuadratik bentuk (x + a)(x + b)



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai pelajar mengalami masalah untuk memahami konsep pemfaktoran ungkapan kuadratik. Untuk itu, saya kongsikan satu aktiviti menggunakan "kaedah tiles" untuk membantu membina kefahaman secara konkrik anak-anak dalam tajuk pemfaktoran ungkapan kuadratik. 

Contoh soalan yang membentuk susunan segiempat sama (square)


Pattern soalan yang dibincangkan hari ini adalah bentuk (x + a)(x + b). Guru perlu bimbing pelajar untuk menyusun kad-kad atau apa-apa keratan kertas atau kotak supaya membentuk segiempat tepat atau segiempat sama. 


Setiap kepingan kecil kad atau keratan tersebut membawa maksud satu term bagi ungkapan algebra. Guru perlu bimbing pelajar untuk memahami maksud kepingan-kepingan kecil tersebut sebelum menjalankan aktiviti menyusun kepingan-kepingan kecil sehingga membentuk segiempat sama (square) atau segiempat tepat (rectangle). 


Mulakan dengan pettern yang mudah terlebih dahulu, diikuti dengan pattern yang lebih mencabar. Apabila murid mula mahir dan secara tidak langsung akan membina kefahaman mengenai konsep pemfaktoran tersebut. Berikut merupakan video animasi bagaimana aktiviti ini dilakukan. 


Semoga perkongsian ini membantu anak-anak untuk belajar dan meningkatkan kefahaman mengenai pemfaktoran ungkapan kuadratik. 

Post a Comment

0 Comments