Fungsi kuadratik merupakan satu topik yang diajar dalam Matematik Tambahan Tingkatan 4, memerlukan pelajar memahami kombinasi konsep fungsi dan persamaan kuadratik. Kebiasaannya pelajar perlu menguasai topik fungsi dan persamaan kuadratik terlebih dahulu sebelum meneruskan pembelajaran dalam topik ini.
Namun, di dalam SPM soalan KBAT sering menjadi cabaran kepada pelajar untuk memahami kehendak soalan. Sebagai contoh, soalan yang ditanya adalah seperti berikut:
Apabila soalan menyatakan bahawa graf adalah sentiasa positif, terdapat sebilangan pelajar tersalah tafsir dengan beranggapan "discriminant" bagi fungsi tersebut adalah negatif. Anggapan ini sebenarnya tidak tepat. Begitu juga konsep "tangent" yang sering pelajar salah anggap sebagai kecerunan dan sebagainya. Video berikut menunjukkan maksud sebenar istilah tersebut dan cadangan jawapan penyelesaian bagi soalan ini.
Semoga bermanfaat dan membantu anak-anak diberi kefahaman.
0 Comments