About Me

header ads

How to maximize the use of microsoft power point in video construction for a more engaging presentation

 


Bismillah. Pada 19 Oktober, Ambe diberi peluang untuk membuat perkongsian mengenai power point selama 1 jam bermula 3.00 petang yang dihoskan oleh En Hafiz daripada SSTP WPKL. Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan serta ruang dan peluang yang diberikan. Walaupun saya tidaklah begitu pakar, namun sedikit pengetahuan jika dikongsikan, diharapkan Allah akan menambahkan lagi ilmu kita pada masa akan datang. 

Tahniah juga diucapkan kepada SSTP WPKL atas penganjuran Program My Digital Learning Week @KL kepada Pegawai JPN, Pegawai PPD, Pentadbir Sekolah dan Guru WPKL. Begitu banyak slot program yang disusun bagi memberi manfaat kepada semua semasa dalam PKPB ini. Slot saya adalah pada hari pertama yang bertajuk "How to maximize the use of microsoft power point in video construction for a more engaging presentation". Tumpuan saya adalah pada "Morph Transition" yang ada di dalam power point. 

Antara contoh video yang boleh dihasilkan menggunakan "Morph Transition" dalam power point. 

Video ini juga adalah hasil dari penggunaan "Morph Transition" dalam power point sepenuhnya. 

Di dalam perkongsian saya, saya lebih ke arah tutorial bagaimana menggunakan "Morph Transition". Contoh aktiviti adalah menghasilkan video konsep volume bagi kuboid. 

 
Alhamdulillah, objektif saya sebenarnya adalah untuk menyampaikan pengetahuan kepada guru-guru bahawa power point sebenarnya cukup mudah digunakan dan semakin menarik. 
 
Selain itu, saya juga ingin menyampaikan mesej kepada guru bahawa video asas dan mudah sebenarnya boleh dihasilka melalui power point. 
 
Alhamdulillah dan terima kasih atas maklum balas dari penonton semua, Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya juga tumpang belajar dari anda semua. Terima kasih banyak-banyak. 





Post a Comment

0 Comments