Gadis Iban dengan pakaian tradisi |
Sepanjang perkhidmatan BeyMad selama 5 tahun di Kapit, memberi ruang untuk menyantuni masyarakat Iban yang sememangnya unik. Tempoh ini juga membolehkan BeyMad belajar bahasa dan adat masyarakat Iban. Sempena Hari Gawai esok, Saya mengucapkan Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai buat semua teman-teman dan anak didik yang meraikan gawai.
Sambutan Pra Gawai 2012 di SMK Selirik |
Asimilasi budaya ini berjaya kerana aktiviti yang diadakan di sekolah. BeyMad bersyukur untuk melihat sendiri secara dekat bagaimana masyarakat Iban meraikan Gawai terutama di Kapit. Ada beberapa ritual yang dilakukan. Tidak dinafikan acara ini diselangi dengan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam, serta amalan meminum tuak (sejenis minuman keras tempatan), namun ianya tidak sama sekali memberi masalah kepada kami kerana ada batasan dan had yang disedari oleh rakan-rakan dari masyarakat Iban.
Senang cerita, rakan-rakan kita dari masyarakat Iban sangat peka akan sensitiviti umat Islam dan mereka turut menyediakan hidangan halal untuk tetamu Muslim. Kami sendiri disambut dengan secawan soya (menggantikan tuak) di pintu masuk. Dan begitu la tradisi mereka menyambut tetamu.
Tidak lengkap tanpa upacara "miring" dan berpantun. Kadang-kadang pantun yang dipersembahnkan oleh masyarakat Iban, hampir sama dengan dikir barat (al-baladi) yang pernah BeyMad dengar semasa di Kelantan dulu.
Singgah kediaman jiran yang menyambut gawai secara ringkas |
Pengalaman saya berkawan dengan rakan-rakan Iban dan Cina di Kapit juga menjadikan kita tidak kekkok untuk duduk semeja semasa minum pagi atau makan tengah hari. Menjadi kebiasaan bila minum, kawan berbangsa Cina atau Iban akan memesan minuman keras, BeyMad kekal dengan soya. Dan kami akan bersembang sampai masing-masing selesai makan dan minum.
Tidak kenal maka tak cinta. Apabila saling memahami, kita akan saling menjaga walaupun berlainan adat.
Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai.
KISAS
31 Mei 2021
0 Comments