About Me

header ads

KARNIVAL STEM, KISAS 2021

Karnival STEM ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Matematik dan Jabatan Teknik Vokasional Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar KISAS terhadap mata pelajaran Sains, Matematik, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas. Program-program yang dirancang diharap mampu memberi perangsang kepada pelajar KISAS untuk meningkatkan pengetahuan mengenai mata pelajaran STEM. Di samping itu, dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.

Jom saksikan video pelancaran Karnival STEM KISAS 2021. 



Objektif Karnival STEM ini adalah: 

  1. Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknik Vokasional serta melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi. 
  2. Untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kualitatif dan kuantitatif di kalangan pelajar serta menggalakkan pelajar dalam kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) 
  3. Untuk merangsang budaya inkuiri dalam bidang STEM kepada para pelajar. 
  4. Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan. 
  5. Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang STEM, inovatif dan kreatif. 

Antara Slot Menarik adalah Program BUAL BICARA MAYA STEM (Inovasi & Masa Hadapan Bidang STEM) yang disampaikan oleh Guru Ikon STEM En. Mohd Afiffi Bin Baharuddin. Rakaman boleh dilihat melalui video berikut:


Perlaksanaan Karnival STEM adalah: 

Tarikh : 21 Jun 2021 – 21 Julai 2021 

Hari : Setiap hari 

Masa : Mengikut jadual yang ditetapkan 

Tempat :Secara Maya


Post a Comment

0 Comments