About Me

header ads

Ilmu Islam perlu dimartabatkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memetik dari 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir zaman, buku yang telah disusun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi, Hadith keempat yang menerangkan Ilmu Agama Akan Beransur Hilang:
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu itu dengan sekaligus dari manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin meeka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain".
(H.R. Muslim)
Menurut Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas dari Terengganu, di akhir zaman nanti tidak ada lagi alim ulama yang boleh mengajar ulmu agama disebabkan tiada pewaris. Bahkan, manusia pada masa itu sanggup memikul emas untuk mencari guru yang boleh mengajarkan mengaji, namun tiada seorang pon yang mampu untuk mengajar disebabkan kejahilan umat manusia pada masa itu. Begitu lah gambaran yang diberikan oleh Ustaz Azhar.
Jika dilihatkan situasi sekarang sudah menampakkan bibik-bibik ke arah tersebut. Kita lebih rela menghabiskan wang yang banyak hanya untuk memartabatkan ilmu pengetahuan sains, matematik, bahasa dsb melalui tuisyen, kelas tambahan dsb. Tetapi kita meletakkan ilmu agama di tahap yang begitu rendah. Buktinya, jika kita menghantar anak-anak mengaji di rumah tok guru, kita hanya memberi gula sekilo, atau pon kain pelekat sehelai bagi setiap tahun kepada tok guru mengaji sebagai tanda penghargaan kita. Tapi untuk cikgu yang mengajar matematik atau sains, kita sanggup membelanjakan RM50 bagi setiap bulan, bagi setiap subjek kepada guru tuisyen. Siapa yang merendahkan martabat ilmu Islam? Ibu Bapa yang pengetahuan agamanya lemah pula sanggup tidak pergi ke surau untuk belajar Farduain di surau/masjid kerana alasan menunggu anak habis tuisyen. Sedangkan belajar ilmu Farduain hukumnya wajib dan ilmu sains/ matematik dsb adalah Fardu Kifayaj sahaja.
Bukannya penulis menafikan kepentingan ilmu yang diajar sekolah, tetapi biarlah seiring dengan ilmu dan amalan agama kita. Jika sikap kita ke arah merendah-rendahkan martabat ilmu agama, tidak hairanlan generasi akan datang akan ketandusan ulama dan ilmuan Islam. Kita mesti yakin dengan agama kita yang boleh mencapai kemajuan tamadun.

Post a Comment

2 Comments

D'Rimba said…
Saya setuju penuh............Juga kembalikan bahasa Melayu dan Tulisan Jawi dalam sistem pendidikan.
Muallim Adham said…
thanks D'Rimba kerana sudi beri pendapat. itu la yg perlu dilakukan