Assalamualaikum dan salam sejahtera.. salam ramadhan dan selamat hari raya buat semua heh heh.. Pada13 Sept 2009 diadakan Jamuan buka puasa di Sekolah tempat kawe ngajar.. Kawe dan geng housemate kawe ditugaskan untuk menyediakan menu utama (ayam kurma) dibantu oleh Limi, masak nasi dan sediakan air.. Cikgu-cikgu lain plak membawa juadah masing ke majlis..

Majlis bermula dengan buka puasa ringan-ringan heh heh (makan kurma dan minum air). Pastu kami semua solat magrib berjemaah di bilik ERT sekolah.. selepas tu baru lah melantak.. Pastu kami solat isya berjemaah dan solat traweh di tempat yang sama.. akhir sekali MOREH.. macam-macam beb ada... kawe pon jd pening tambah mereng sikit sebab terlalu banyak lauk... Tapi mujur walaupon pelbagai jenis lauk dan kuih, tetapi kuantitinya sedikit sahaja.. maka pembaziran dapat dielakkan kerana semua juadah habis dimakan heh heh..

Terima kasih la kepada semua pihak yang terlibat.. Semua cikgu pon beri kerjasama yang baik... Terima kasih kepada cikgu KH yang benarkan kita menyibuk guna bilik ERT ni heh hhe.. memang selesa.. siap ada ruang yg besar untuk solat berjemaah..

Ni pulak skuod rumah Pek'in, ada belaka ni Juki ada, Zizie ada, Din (x-housemate) pun ada.. Dok bersila la pasal x muat heh heh.. puak ni mmg suka dok bersila sejak budak lg...

Semasa geng-geng cikgu sedang bermoreh.. kawe pulak kena ngasuh anak Sanni.. berat la huhuhuhu... tapi gak lagu ni la kawe heh heh... comel juga anak Sani ni.. baik pulak tu dgn kawe heh heh.Ni Pulak suasana selepas Solat Traweh heh heh.. Macam berebut-rebut tu.. bukan apa semua nak balik cepat.. ada yang datang dengan Van la.. ada yg datang dgn Motosikal la... so malam2 gak semua nak cepat... jadi ada yang amek tapow je la.. kawe pon suka ria la sebab semua makanan habis dan tak banyak kerja mengemas heh heh...