Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semalam kawe berkunjung ke rumah tuan empunya rumah yang kawe sewa di Kapit, Sarawak. Sekadar menziarahi untuk menjaga silaturrahim. Kami ke rumah En. Jegai untuk memberi khabar berita bahawa kami akan bercuti panjang sebulan lebih sempena cuti sekolah akhir tahun... Maka rumah sewa kami akan kosong. Maka minta-minta la tuan rumah jenguk-jenguk rumah sewa kami nanti heh heh..

Rezeki kami memang murah apabila kami smpai di rumah En. Jegai, mereka baru sahaja pulang dari rumah panjang di Lepong Balleh dan membawa pulang hasil kebun seperti durian dan dabai..

Kami pun dijamu durian. Seterusnya En. Jegai mengajar kami cara memakan buah dabai..
Buah dabai ini kelihatan macam buah anggur je heh heh.. tapi kami tak tahu cara untuk menikmatinya.. Buah dabai selepas dibasuh dengan air paip, ia hendaklah direndam dalam air suam selama 10 minit sehingga isinya lembut..




Setelah isinya lembut, air suam tadi dibuang dan buah itu sedia untuk dimakan dengan pelbagai cara.. Ada yang makn dengan kicap bercampur gula, ada yang makan dengan garam.. Kami telah memilih untuk membuat pencicah kicap bercampur dengan gula, lada burung dan belacan heh heh.. best gila makan buah dabai ni.. rasanya lemak2..


Semasa ingin pulang ke rumah, En. Jegai memberi kami beberapa kilogram buah dabai untuk dibawa pulang ke Semenanjung sebagai buah tangan. Lagu ni la cara kami berinteraksi dengan masyarakat di kapit ni.. mereka sangat meraikan tetamu heh heh.. seronok bergaul dengan mereka..