Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 24-27 Mac 2010 SMK Selirik sebagai tuan rumah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan MSSG Kapit 2010 bertempat di stadium kapit. Acara ini disertai oleh 7 buah sekolah menengah dalam MSSG Kapit iaitu SMK Selirik, SMK Kapit, SMK Kapit 2, SMK Katibas, SMK Song, SMK Balleh, SMK Belaga dan SMK Bakun. Manakala Sekolah rendah di wakili oleh PPD Kapit, PPD Song dan PPD Belaga. 


Pada kali ini kawe ditugaskan sebagai Ketua Pelepas acara balapan. Tugas kawe dibantu oleh 3 arang guru daripada bahagian Kapit iaitu Cikgu Ismail, Cikgu Baki dan Cikgu Francis serta PDRM Kapit. 



Cuaca sepanjang kejohanan alhamdulillah agak baik dan hujan hanya seketika sahaja dan ia langsung tidak banyak mengganggu kejohanan malah membantu kami untuk menyejukkan badan heh heh.. Hujan rahmat tu, insyaAllah..






Sepanjang kejohanan, team kawe sebagai pegawai pelepas terpaksa berada di balapan sepanjang hari apabila bermulanya acara balapan dan hanya akan berhenti apabila rehat dan tamat acara dalam jadual.. Maka persiapan rapi perlu dilakukan agar dapat mengurangkan risiko "sun-burn" heh heh.. 

(gambar bersama Pok Ju)


 .


Gambar bersama anak2 yang membantu kawe menyediakan alatan sebagai pegawai pelepas..

Thanks anak2.








Acara pegawai di akhir kejohanan, sungguh mencuit hati dimana kedua2 pasukan pegawai dari SMK Selirik berjaya mendapat tempat.. 





Dan inilah keputusan akhir kejohanan.. hehe