Thyroid Hypersecretion ialah satu keadaan di mana banyak hormon dirembeskan daripada nilai
normal. Lebihan rembesan hormon ini menyebabkan berlaku keaktifan pada kelenjar
tiroid yang dikenali sebagai Hyperthyroidism
atau Thyrotoxicosis. Contoh
penyakit-penyakit yang disebabkan oleh keadaan ini ialah Grave Disease, Toxic Multinodular Goitre dan Toxic Adenoma.
PENYAKIT GRAVE
1.1 Ciri-ciri
Kes
yang paling banyak berlakunya keaktifan tiroid yang berlebihan ialah Penyakit
Grave. Penyakit Grave melalui proses autoimun iaitu badan manusia akan
menghasilkan antibodi menentang sel atau tisu sendiri disebabkan oleh gerak
balas imun. Ini menyebabkan kerosakan pada tisu antibodi yang di hasilkan di
panggil autoantibodi (auto Ab).
Tubuh badan menghasilkan autoAntibodi jenis Immunoglobulin
G (IgG) menentang reseptor TSH (thyroid
stimulating hormone – hormon perangsang tiroid) yang terdapat pada sel
kelenjar tiroid. Proses ini merangsang lebih banyak hormon tiroid dirembeskan
daripada biasa melebihi keperluan badan. Dalam keadaan mengandung pula Antibodi
jenis IgG ini boleh berlaku melalui plasenta dan merangsang tiroid fetus dan
menyebabkan neonatal hyperthyroidism.
Tetapi keadaan ini akan pulih selepas bayi dilahirkan.
Proses ini telah menyebabkan kelejar tiroid membesar secara
simmetri (goiter). Sel epitelium dalam kelenjar tiroid meningkat dari segi
bilangan dan saiz (squamous to tall
columnar epithelium). Koloid iaitu tempat simpanan hormon tiroid tidak
aktif akan menjadi sedikit kerana banyak
dirembeskan. Sel limfosit terdapat banyak disekitar ruang antara sel (interstitium) disebabkan respon kepada
gerak balas imun.
Penyakit ini boleh berlaku pada setiap peringkat umur
tetapi lebih kerap menyerang kepada mereka yang berumur antara 30 hingga 40 tahun.
Penyakit ini kerap menyerang golongan
wanita berbanding lelaki pada kadar nisbah 7:1 .
1.2 Lokasi
Rajah 1: Kelenjar Tiroid.
Kelenjar
Tiroid terdiri daripada 2 bahagian yang terletak dibahagian leher di bawah peti
suara. Setiap bahagian bersambungan
antara satu sama lain melalui genting tiroid yang melintas di bawah rawan krikoid peti suara. Setiap
bahagian mempunyai kutub atas (superior)
dan kutub bawah (inferior).
Rajah 2: Sel Tiroid, sumber
daripada http://www.muhealth.org/~pharm204/hormones.html.
Unit
fungsi kelenjar tiroid adalah folikel. Sel-sel satu folikel adalah kuboid sihat
dan mengelilingi satu lumen protein mengandungi bahan dipanggil koloid. Folikel
mengubah dalam garis pusat daripada 20-900um, dan dalam kelenjar. Imej di atas
menunjukkan satu keratan lintang yang biasa melalui satu penayangan folikel
tiroid. Komponen utama koloid adalah sebuah protein dipanggil tiroglobulin,
yang berfungsi sebagai pembawa hormon tiroid.
2.0
FUNGSI NORMAL
2.1 Struktur kelenjar tiroid
Kelenjar
tiroid diselaputi kapsul tisu penyambung yang terbina daripada sel-sel folikel.
Kaviti yang terkandung dalam sel folikel dicantum dengan satu lapisan sel epitelium
kuboid dikenali sebagai koloid. Sel folikel akan merembeskan hormon yang akan
disimpan di dalam koloid atau dilepaskan ke dalam salur kapilari darah (Butler.J,
Lewis.R & Shier.D., 2006, m.s. 286).
2.2 Hormon Tiroid
Sel folikel pada kelenjar tiroid
akan menghasilkan dua jenis hormon iaitu thyroxine
(T4) DAN tri-iodothyroxine (T3). Kedua-dua hormon ini
mempunyai tindakan yang sama tetapi hormon thyroxine
adalah lima kali kekuatannya daripada hormon
tri-iodothyroxine. Hormon-hormon ini juga merangsang proses metabolisme
karbohidrat, lipid dan protein. Hormon ini meningkatkan kadar sel penghasilan
tenaga daripada karbohidrat, meningkatkan kadar sintesis protein dan merangsang
pengurangan dan penambahan lipid. Hormon ini dapat menentukan jumlah kalori
yang diguna untuk mengekalkan proses kehidupan, dan kadar metabolisme asas.
Hormon tiroid membolehkan pertumbuhan dan peningkatan normal
pada kematangan sistem saraf. Namun rembesan hormon tiroid dikawal oleh
kelenjar hipotalamus dan kelenjar pituitari.
Di dalam salur darah, kedua-dua hormon ini akan terikat pada protein plasma
lalu diangkut ke sel-sel badan. Kelenjar tiroid juga merembeskan hormon kalsitonin
yang selalunya tidak digolongkan sebagai hormon tiroid kerana dihasilkan oleh sel
ekstra folikel. Biasanya, ia hadir bersama hormon paratitroid (PTH) yang di
rembeskan oleh kelenjar paratiroid.
Ia berfungsi untuk mengawal ion kalsium dan ion fosfat di
dalam kandungan darah dalam badan. Kehadiran hormon kalsitonin akan
mengurangkan kandungan ion kalsium yang berlebihan dalam darah manakala hormon
paratiroid akan meningkatkan ion kalsium yang berkurangan di dalam darah.
2.3 Diagram
Rajah 3: Mekanisma rembesan hormon tiroid.
Di dalam badan seseorang manusia normal, sel kelenjar tiroid bertindak
seperti yang ditunjukkan pada diagram di atas. Thyroid Stimulating Hormone (TSH) di keluarkan oleh kelenjar
pituitari ke dalam aliran darah. Apabila hormon tersebut bertindak balas dengan
sel kelenjar tiroid ia akan bercantum kepada reseptor TSH pada permukaan sel di
mana ia menghantar signal ke dalam sel untuk memulakan penghasilan hormon
tiroid.
Hormon tiroid akan membentuk sistem tidak balas yang negatif dimana apabila
hormon ini berada pada tahap konsentrasi yang tinggi, ia akan menghalang
pengeluaran TSH daripada kelenjar pituitari. Sekiranya hormon tiroid berada
pada tahap yang rendah, kelenjar pituitari akan menghasilkan dan meningkatkan
tahap hormon tiroid.
Penyakit Grave mengalami tindak balas yang sama kecuali antibodi
autoimunnya bertindak seperti molekul TSH. Antibodi ini bercantum dengan sel
dan menjana penghasilan hormon tiroid. Walaubagaimanapun disebabkan penghasilan
antibodi autoimun tidak bergantung kepada kelenjar pituitari, tindak balas
sistem ini tidak mempunyai kesan ke atas kelenjar pituitari. Namun penghasilan
antibodi akan memberi kesan ke atas kelenjar tiroid dan hormon tiroid akan
terus dihasilkan dan akan menyebabkan kerosakan fisiologi.
Rajah 5:
Anatomi Kelenjar Tiroid
Fisiologi
kelenjar tiroid
Kelenjar
tiroid menghasilkan hormon tiroid, yang
mengendalikan tahap metabolisme tubuh. Hormon tiroid mempengaruhi tahap
metabolisme tubuh melalui 2 cara :
1.
Merangsang hampir setiap jaringan
tubuh untuk menghasilkan protein.
2.
Meningkatkan jumlah oksigen yang
digunakan oleh sel.
Jika sel-sel bekerja lebih kuat, maka organ tubuh akan bekerja lebih
cepat. Untuk menghasilkan hormon tiroid, kelenjar tiroid memerlukan iodin iaitu
elemen yang terdapat di dalam makanan dan air. Iodin diserap oleh usus kecil bahagian
atas dan kira-kira sepertiga hingga separuh digunakan oleh kelenjar tiroid.
Hormon tiroid dibentuk melalui penyatuan satu atau dua molekul iodin ke sebuah
glikoprotein besar yang disebut tiroglobulin yang dibuat di kelenjar tiroid dan
mengandungi asid amino tirosin. Bahagian yang mengandungi iodin ini disebut
iodotirosin. Dua iodotirosin kemudian bergabung untuk membentuk dua jenis
hormon tiroid dalam darah iaitu :
1
Tiroksin (T4), merupakan
bentuk yang dihasilkan oleh kelenjar
tiroid, hanya memiliki kesan yang sedikit terhadap tahap metabolisme tubuh.
- Tiroksin dibentuk di dalam hati dan organ lainnya ke dalam bentuk aktif, iaitu triiodotironin (T3).
T3
dan T4 berbeza dalam jumlah molekul iodium yang terkandung (tiga untuk T3 dan empat untuk T4). Sebahagian besar iaitu
90% hormon tiroid yang dibebaskan ke dalam darah adalah T4, tetapi T3 secara
fisiologinya lebih sesuai. T3 dan T4 dibawa ke sel-sel sasaran oleh suatu
protein plasma.
3.0
ABNORMALITI
3.1 Tanda-tanda
dan simptom
3.1.1
Tanda-tanda dan simptom umum
- Peningkatan pada kadar metabolisme
- Peningkatan suhu badan
- Insomnia (masalah susah untuk tidur)
- Kelesuan
- Gelisah dan mudah marah
- Berat badan berkurang walaupun tanpa diet
- Kelemahan otot
- Penglihatan kabur
3.1.2 Tanda-tanda dan simptom kepada orang dewasa
- Sukar mengandung
- Tidak tahan panas
- Eksoftalmos (mata terjojol atau terbeliak)
- Tangan menggigil
- Kitaran haid terganggu
- Mudah penat
3.1.3 Tanda-tanda dan simptom kepada kanak-kanak
- Hiperaktif
- Cirit -birit
- Peningkatan selera makan
- Kecerdasan otak yang lemah
3.2
Diagnosis
Menurut Norlaila Hamimah Jamaluddin
(2007), diagnosis biasanya dimulakan dengan ujian klinikal untuk mengetahui
masalah atau gejala penyakit yang dialami. Ujian klinikal untuk penyakit Grave
merangkumi persoalan berikut:
1.
Adakah benjolan itu keras atau
lembut?
2.
Adakah benjolan itu boleh bergerak
atau statik?
Ujian-ujian Diagnosis
- Imunopendarfluor
Ujian ini
boleh digunakan untuk mengesan autoantibodi dalam serum. Sampel tisu yang
mempunyai antigen diri disimpan bersama serum pesakit. Jika autoantibodi
terdapat dalam serum tersebut, ia akan bergabung dengan antigen diri. Antibodi
anti-IgG manusia yang telah dilabelkan dengan pewarna pendarfluor ditambah dan
kehadiran antibodi terhadap antigen diri dalam serum pesakit dilihat
menggunakan mikroskop pendarfluor.
- Ujian pengaglutinatan
Serum
pesakit dicampurkan dengan ampaian sel yang mempunyai antigen diri yang diuji.
Jika autoantibodi spesifik wujud pengaglutinatan akan berlaku. Jika antigen
yang dikesan adalah antigen larut ia boleh diserapkan ke permukaan eritrosit
dan digunakan dalam ujian penghemaglutinatan
pasif atau secara tidak langsung .
- Radioimunisasi
Kaedah
ini adalah sensitif. Antigen diserapkan ke permukaan tiub plastik dan serum
pesakit ditambah. Kehadiran autoantibodi dikesan dengan penambahan antibodi
sekunder (anti-IgG manusia) berlabel radioaktif. Selepas pembasuhan, kuantiti
radioaktif dapat ditentukan.
3.3 Rawatan dan terapi
3.3.1 Ubat
Terdapat
pelbagai ubat yang dipanggil sebagai ubat antitiroid dalam bentuk tablet yang
akan mengurangkan kadar hormon dan mengembalikan tahap normal. Pesakit perlu
mendapatkan surat pengesahan utnuk membeli, membawa dan memiliki ubat tersebut
ataupun mendapatkannya terus daripada doktor berkenaan. Sesetengah pesakit yang
mengambil ubat ini selama satu hingga dua tahun akan beransur pulih disebabkan
fungsi tiroid mereka kekal normal walaupun tanpa perubatan khusus.
3.3.2
Pemakanan
Pesakit
perlu mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin B dan protein seperti ikan,
telur dan bijirin untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan dan
penggantian tisu otot. Pesakit perlu mengurangkan pengambilan rokok, alkohol
dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme (Penyakit Tiroid, tahun
tidak dinyatakan).
3.3.3
Iodin Radioaktif
Iodin
Radioaktif akan merosakkan sel tiroid dan memusnahkan kelenjar tiroid untuk
mengurangkan tahap hormon. Seperti pembedahan, cara rawatan ini akan membawa
kepada hipertiroidism. Jadi, bekalan ubatan untuk hormon tiroid amat diperlukan
untuk sepanjang hayat pesakit.
3.3.4
Pembedahan
Semua
kelenjar tiroid boleh dibuang. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang menggunakan
kaedah ini, akan mendapat under-active
thyroid (hypothyroidism, the opposite of hyperthyroidsm) dan akan mengambil
hormon penggantian tiroid untuk sepanjang hayat mereka.
Selepas proses diagnosis dan pemilihan rawatan yang
dipilih, pesakit perlu berjumpa dengan doktor secara berkala pada setiap tahun
untuk memastikan tahap tiroid adalah normal dan penyesuaian dos ubat sekiranya
diperlukan.
4.0
RUJUKAN
Butler.J., Lewis.R., & Shier.D.
(2006). Hole’s Essentials of Human
Anatomy & Physiology 9th Eddition. McGraw-Hill: New York.
Norlaila Hamimah Jamaluddin. (2007,
Febuari 18). Kehadiran sel kanser. Metro
Sihat. m.s 26-27.
Penyakit
tiroid. (Tahun tidak dinyatakan). Diperoleh pada
Febuari 11, 2007 daripada http://www.geocities.com/fchuey/penyakit_tiroid.htm?200711.
Thyroid and Anti-Thyroid Drugs. (Tahun tidak dinyatakan). Diperoleh pada Febuari
11, 2007 daripada http://www.muhealth.org/~pharm204/hormones.html.
2 Comments
I wonder why you have faithfully been posting your entries although I can hardly see a visitor's comment.
May I ask two questions:
1 Why do you manage a blog?
2 Why is it difficult to persuade your readers to leave comments?
You need not bother to respond. If you like to, you mar email to me at almanar@pd.jaring.my
Incidentally I am old enough to be your granbdpa and I like enthusiastic teachers, particularly those doing Maths, Scinse subjects and English.
tq