Gambar Hiasan: Kemeriahan sukan di kalangan anak-anak sebagai agen sosial |
Bismillah. Assalamualaikum. Bila kita fikirkan urusan kerja, sememangnya kerja tidak akan pernah tamat. Apabila selesai satu tugas, tugas lain pula menanti. Paling tidak ada sahaja pihak tertentu menanti untuk terus memberi tugas sebaik kita selesai tugas terdahulu. Oleh itu jangan lupa untuk memberi sedikit ruang kepada diri kita sendiri. Ruang yang ada kawe manfaatkan untuk berkongsi sedkit idea dan pandangan.
Isu yang agak menarik. Sukan: Agen perpaduan atau perpecahan masyarakat? Sebagai orang sukan, kawe rasa topik ini amat menarik. Teringat dahulu semasa di sekolah, sukan sangat digemari oleh semua kanak-kanak. Dari sinilah mereka mula berkenalan, mula berkelahi dalam erti kata mula saling mengenal hati budi rakan-rakan sepermainan. Dengan tunjuk ajar guru, sifat negatif diatasi dan dari situ lah bermula semangat setiakawan dalam sukan.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Semasa mengambil kursus iktisas sukan di UPSI, kawe sempat berguru dengan cikgu-cikgu senior. Dari situ kawe mula berkongsi pengalaman. Ada kes pelajar pernah memberi cadangan untuk bermain boa sepak semasa kelas Pendidikan Jasmani (PJ) dimana pasukan Melayu melawan pasukan India. Maka guru yang bertanggungjawab telah mengambil langkah bijak melarang aktiviti tersebut. Ini hanya mengajar anak-anak budaya tidak baik. Maka sebaiknya dibahagikan ahli yang sekata terdiri dari semua lapisan dalam setiap pasukan. Secara tidak langsung boleh memupuk perpaduan melalui kerjasama yang ditunjukkan dalam kelas PJ.
Ini sebahagian contoh kecil usaha yang berterusan perlu dimainkan oleh masyarakat dalam menjadikan sukan sebagai agen perpaduan. Semasa kawe di UPSI, ruang dan peluang yang ada lebih cerah untuk kawe belajar mengaplikasikan sukan sebagai agen perpaduan. Di UPSI juga kawe berpeluang untuk berkenalan dengan rakan-rakan dari pelbagai latar etnik, usia, sosial, ekonomi dsb. Pernah bermain tennis dengan pensyarah, rakan senior, staf bukan akademik universiti, dan masyarakat setempat. Ini memberi kita lebih ruang berkenalan dengan lebih rapat. Sebagai contoh, kawe mempunyai hubungan lebih rapat dengan pensyarah melalui tenis sehinggakan selalu diminta pertolongan untuk menjadi instruktor dalam kuliah tenis. Juga kawe juga mempunyai lebih kawan yang merentasi rakan sekuliah. Ini menjadikan kita lebih seronok bersosial ditempat baru. Sebut sahaja dimana kita pergi, pasti ada kawan.
Namun lebih malang apabila melihat gelagat masyarakat yang sepatutnya lebih matang. Kekadang sedih melihat peringkat umur yang lebih tua menjadi seperti lebih kuah dari sudu. Mengapa demi kejohanan sukan kecil diperingkat kampung pon sudah tidak sehaluan. Sukan sebagai perpaduan sudah tidak dipeduli lagi. Asalkan hati puas meraih kemenangan tanpa mengira semangat kesukanan. Maka sukan yang boleh dimainkan dengan seronok menjadi medan berkelahi. Kekerasan dipamerkan sehingga mencederakan pasukan lawan.
Ada kes penganjur kejohanan berlaku tidak jujur. Udahlah yuran penyertaan yang dikenakan terlalu tinggi. Hadiah kemenangan tidak diumumkan secara tepat. Apabila pasukan yang ditaja penganjur menang, maka hadiah yg besar diberikan dalam bentuk wang tunai. Jika pihak luar yang menang, maka hadiah wang tunai sekadar mengembalikan yuran penyertaan diberi. Itu tidak dikira lagi pengadil yang bias dalam mengadili kejohanan. Sikap sebeginilah yang menjadikan sukan sebagai agen perpecahan masyarakat.
Pernah dalam pengalaman kawe menjadi pemerhati kejohanan badminton yang diadakan oleh sebuah persatuan di tempat kawe bertugas di kapit. Sudah lah yuran kejohanan dikenakan begitu tinggi. Setiap kali game, peserta sendiri terpaksa membayar RM5 untuk sebiji "shuttle cock". Jika untuk menamatkan permainan memerlukan 4 biji bulu tangkis, berapa banyak wang pemain perlu belanjakan? Lagi kelakar, hadiah diumumkan secara tidak jelas. Contohnya juara akan mendapat piala dan wang tunai (nilai wang tunai yang tepat dtidak diumum). Disinilah hadiah akan diekploitasi oleh penganjur dengan memberi hadiah yang minima kepada pasukan luar, dan memberi hadiah wang tunai maksima kepada pasukan tajaannya.
Benda yag sama pernah berlaku dalam kejohanan bola sepak dan pin pong yang di anjurkan oleh sebuah persatuan di Kapit. Kadang-kadang kita tidak ingin meburukkan mutu penganjuran, tetapi itu lah hakikatnya. Tidak dinafikan mengapa sukan peringkat kampung ini bukan lagi menjadi agen perpaduan, tetapi menjadi punca masyarakat bermasam muka dan saling berdendam.
Alhamdulillah, kawe melihat Bank Rakyat Kapit buat julung kalinya menganjurkan kejohanan futsal. Wang penyertaan yang jelas dikenakan tanpa membebankan peserta dimana peserta akan mendapat pakaian sukan. Hadiah yang tepat juga diumumkan sepeti juara mendapat wang tunai RM1500. Ini lah yang dikatakan pengurusan penganjuran yang telus. Diharapkan perlaksanaan kejohanan ini berjalan lancar.
0 Comments