Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.
Beberapa tahun yang lepas kawe menonton filem The Triumph yang disiarkan dalam siri Astro adaptasi daripada kisah sebenar seorang guru yang energetik, kreatif dan idealistik bernama Ron Clark. Clark mengajar di sebuah sekolah di New York dimana keadaan sekolah ini sungguh berbeza seolah-olah sudah berada diambang kehancuran; rendah nilai moral, tidak beradab, melawan guru dan amat lemah prestasi akademik. Namun dengan rasa penuh tanggung jawab, Clark berjaya mencorak pelajarnya dengan cemerlang.
Terdapat sesuatu yang istimewa apabila menonton filem ni. Maka kawe pon cuba "google" filem ini. Akhirnya kawe lebih mengenali watak Clark dengan lebih jelas. Banyak anugerah diterima beliau. Yang cukup menarik Clark telah menulis sebuah buku bertajuk "The Essential 55" sebagai tips dan panduan untuk pendidik bagi cuba mencorakkan nilai murni kepada anak-anak. Semangat inkuiri yang begitu tinggi mendorong kawe untuk memiliki buku yang menarik ini. Maka kawe cuba mendapatkan buku ini secara online. Alhamdulillah kawe terjumpa buku terpakai yang dijual hanya dengan harga AS$4.00. Dengan menggunakan Pay Pal kawe berjaya membelinya dengan jumlah AS$14.00 termasuk kos penghantaran.
Yang menarik, Clark di dalam kelas akan mengaplikasikan dengan cemerlang unsur nilai moral semasa mengajar dengan memperkenalkan undang-undang (rules) yang wajib dipatuhi pelajar. Bermula dari situ pelajarnya yang begitu rendah nilai akhlaknya dibentuk sedikit demi sedikit sehingga membawa perubahan besar dalam diri pelajarnya. Diantara contoh undang-undang diperkenalkannya adalah rule 1: When responding to any adult, you must saying "Yes ma'am" or "No, Sir". Hanya mengangguk dan menjawab ringkas tidak boleh diterima apabila pelajar berkomunikasi dengan guru atau orang yang lebih dewasa. Ini lah peraturan pertama yang dibentuk dalam kelas semasa sesi soal jawab. Rule ini dianggap penting kerana untuk menilai perasaan hormat pelajar terhadap orang yang lebih tua. JIka kita inginkan pelajar menghormati kita, kita kena ajar mereka untuk mengetahui cara menghormati kita dengan menyebut "cikgu" atau gelaran yang dihormati semasa bercakap seperti contoh; "ya, cikgu..". Pada awalnya memang nampak skema untuk dipraktikkan. Namunitu lah yang perlu kita lakukan.
Kemuadian Rule 2 yang dibincangkan adalah "Make eye contact". Apabila guruseseorang bercakap, mata kita harus memandangnya. Jika rakan dalam kelas diminta memberi pendapat, harus berpaling muka dan memandang rakan anda. Ini juga mesti dijadikan undang-undang oleh semua guru dalam membina nilai. Walaupon pelajar mendakwa dia mendengar dan dapat simpan maklumat dalam memori otak, namun pelajaran nilai yang lebih bermakna itu sudah terlepas dalam diri pelajar tersebut. Walaupun nampak remeh, namun benda yang remeh ini lah mampu menjejaskan prestasi pelajar dewasa kelak.
Harus diingat bahawa "eye contact" bukan sahaja mengajar pelajar untuk berkeyakinan semasa berkomunikasi, malah mengajar pelajar untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang sekeliling. Pelajaran ini jika tidak kita terapkan dalam jiwa pelajar, akan ada pelajar yang belajar untuk menjadi kurang ajar. Contohnya, apabila kita mengajar, ada pelajar yang dengan sini memandang pada arah lain. Apabila di marah, sambil menyeluk saku pelajar itu memandang ke arah ain sambil memcebik bibir. adakah ini yang kita mahukan dalam sistem pendidikan kita?
0 Comments