Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Maaf kepada semua sahabat kerana kawe lama tidak aktif dalam blog sebab perlu tumpukan pada keutamaan tugas di sekolah hehe. Pada 6-7 Mac 2010 Komp C (Kapit), BN1 Rej510 askar wataniah telah mengadakan latihan tempatan. Latihan pada kali ini amat istimewa kerana kami memasukkan program menderma darah dalam slot latihan kami. 

Namun tidak semua anggota berjaya melepasi tapisan sebagai peserta yang layak menderma darah disebabkan masalah tertentu seperti BP rendah dan kurang berat badan. Namun Programini berjaya mencapai objektifnya sebagai tanggungjawab sosial pasukan kepada masyarakat. Setelah berahirnya program derma darah, Pegawai Sains Hospital Besar Kapit menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Sukarela, Lt Cikgu Kuiek Bon Siau diiringi Lt.M Cikgu Adham. Hampir 30 anggota sukarela berjaya mendermakan darah mereka sehingga jam 1600. 

Diantara gambar kenangan semasa aktiviti menderma darah di Hospital kapit. 

Sebelum itu, di kem pasukan kami menjalani latihan tempatan dengan bantuan jurulatih daripada Sibu iaitu Kpl Mimit dan Sjn Joseph. Aktiviti kami bermula dengan kawad kaki dan membetulkan kesalahan-kesalahan kecil dalam kawad. 

Memandangkan hanya kawe sahaja yang Muslim dalam pasukan, maka kawe dipertanggungjawabkan untuk menyembelih ayam untuk menyediakan menu masakan tengah hari pasukan. Biasanya menu masakan adalah simple berdasarkan masakan tradisional Iban seperti ayam pangsoi dan sayur berupa ulam yang dipetik dari kawasan sekeliling kem. 


Dan biasanya kami akan merarau (makan tengahari) bersama dengan menu yang simple tetapi cukup menyelerakan he he.