About Me

header ads

Kejadian Membaca surah al-Kahfi di malam Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan lepas sahabat kawe menceritakan kejadian yang beliau alami ketika berjemaah di sebuah masjid dalam negeri Melaka pada hari Khamis (malam Jumaat). Kebiasaannya budaya masyarakat Melayu Malaysia memang akan membacakan surah Yaasin setiap malam Jumaat, sehingga kita lupa akan surah al-Kahfi. Bukan bermaksud mengatakan bahawa amalan membaca Yaasin setiap malam Jumaat adalah tidak baik, sekadar ingin berkongsi ilmu mengenai amalan lain yang sepatutnya boleh diamalkan pada malam Jumaat. 

Sahabat kawe tersebut mendakwa, pada malam Jumaat tersebut, Imam telah mengambil langkah bijak dengan menyarankan agar pada malam itu semua hadirin jemaah agar tidak membaca Yaasin, sebaliknya membaca surah al-Kahfi. Pada mulanya semua makmum agak bingun dan terkejut, mungkin dalam fikiran mereka Imam ni buang tebiat kerana mereka tidak mengatahui fadilat al-Kahfi. Maka imam menjelaskan bahawa tujuannya adalah untuk menghidupkan amalan bacaan surah al-Kahfi di masjid tersebut dengan berselang-seli dengan bacaan Yaasin pada minggu berikutnya..


Hari jumaat merupakan penghulu segala hari. Perkara ini mungkin biasa didengari oleh anda. Tetapi apakah amalan yang boleh kita amalkan pada penghulu segala hari...

Sekarang saya ingin memberitahu ataupun mengingatkan anda salah satu amalan sunah yang dilakukan oleh Nabi MUHAMMAD S.A.W. Iaitu membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)


Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)

Kesimpulannya, pada hari Jumaat disunatkan untuk umat Islam membaca Surah Al-Kahfi. Banyak kelebihan yang ada apabila kita membacanya.

Rasulullah SAW selalu membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Oleh itu membaca surah Al-Kahfi merupakan salah satu sunnah nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya. Pada kebiasaanya orang Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat sebagai adat. Perbuatan ini memang baik dan tidak salah. Sebagai seorang Islam kita mestilah berusaha meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. Oleh itu cuba kita tukar bacaan dari surah Yassin kepada surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kerana melakukan amalan sunnah nabi lebih utama daripada melakukan amalan sunat yang lain.

Sekian sahaja setakat ni. Apa yang salah harap anda dapat menegur dan membetulkannya dan jika anda ada terkecil hati harap maaf. Saya sebagai manusia biasa tidak lari dari kesilapan. Harap anda dapat maafkan.


(dipetik dan diubahsuai daripada email daripada Ustaz Adnan)

Post a Comment

15 Comments

Unknown said…
kalu bace 10 ayat pertama sahaja bolehkan?
Rashid said…
salam

iyakan kita selalu duk baca yasin je setiap hari dan malam jumaat..
Muallim Adham said…
salam..

Azhieeda,
asalkan baca hehe.. bleh.. kemudian tambah2 la amalan.. insyaAllah.. Allah lebih suka amalan yg biaar la sedikit asalkan itiqamah.. Waallahu'Alam.. jika ada pendapat lain, bleh kemukakan hehe.. ambo pon br belajar.. ni ustaz Adnan yang explain ke kawe..

Cikgu Rashid,
yap.. betol.. kalo kita tukarkan amalan ni serta merta, pasti riuh sekampung...
Atikah said…
Salam cikgu,

Lama tak singah kat sini...
Baru 2 minggu lepas ustaz dok bgtau dalam tazkirah... alhamdulillah, hari cikgu ingatkan kembali...
Muallim Adham said…
Atikah,
wslm..
ya ka.. alhamdulillah.. semoga kita semua dpt meningkakan amalan kita des...
::SizuKa:: said…
salam cikgu...

lama tak singah sini jua..

surah al-kahfi memang bagus baca pada hari jumaat. walaupun agak panjang surah ni tapi kelebihannya sangat bagus..

p/s : boleh ek baca 10 ayat pertama sahaja?
Ustaz Adnan said…
assalamualaikum w.b.t
Membaca 10 ayat sahaja daripada suruh Al-Kahfi pada malam jumaat tidaklah menjadi kesalahan kerana kita disarankan supaya membaca al-Quran pada setiap hari walaupun 1 ayat...membaca surah Al-kahfi pda malam jumaat adalah merupakan sunnah yang dilakukan oleh baginda s.a.w...apabila kita mengikut sunnah rasul maka kita akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t..sekiranya kita ingain mendapat pahala sebagai mana yang dijanjikan maka eloklah kiranya kita melksanakan amaln yang disarankan oleh Rasul tadi dengan sempurna...nescaya kita akan mendapat pahala sebagaimana yanng dijanjikan...hakikatnya sedikit@banyak amalan yang kita lakukan kita tiada hak dan kita tidak layak untuk menetukan sebanyak mana pahala yng kita dapt, semuanya terpulang kepada yang maha Esa untuk menilai setiap yang kita lakukan...sesungguhnya amalan yang disukai oleh Allah s.w.t. ialah amalan walaupun sedikit tetapi kita istiqamah melakukannya..sama2lah kita bermujahadah kepada Allah semoga kita tergolong dikalangan orang yang mendapat restu Allah apabila kita pulang kepada nya nanti...amiiin...
Ustaz Adnan said…
assalamualaikum...
Azhleeda : membaca 10 ayat sahaja daripada suruh Al-Kahfi pada malam jumaat tidaklah menjadi kesalahan kerana kita disarankan supaya membaca al-Quran pada setiap hari walaupun 1 ayat...membaca surah Al-kahfi pda malam jumaat adalah merupakan sunnah yang dilakukan oleh baginda s.a.w...apabila kita mengikut sunnah rasul maka kita akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t..sekiranya kita ingain mendapat pahala sebagai mana yang dijanjikan maka eloklah kiranya kita melksanakan amaln yang disarankan oleh Rasul tadi dengan sempurna...nescaya kita akan mendapat pahala sebagaimana yanng dijanjikan...hakikatnya sedikit@banyak amalan yang kita lakukan kita tiada hak dan kita tidak layak untuk menetukan sebanyak mana pahala yng kita dapt, semuanya terpulang kepada yang maha Esa untuk menilai setiap yang kita lakukan...sesungguhnya amalan yang disukai oleh Allah s.w.t. ialah amalan walaupun sedikit tetapi kita istiqamah melakukannya..sama2lah kita bermujahadah kepada Allah semoga kita tergolong dikalangan orang yang mendapat restu Allah apabila kita pulang kepada nya nanti...amiiin...
Muallim Adham said…
salam..
saudara sheikh Adnan heh heh.. tq byk2 atas penerangan2 ni..

maka kawe tak perlu la explain lg kepda Sizuka dan lain2 hehehhe..

smoga semua dapat manfaat
ummu said…
Salam Bro
terima kasih atas perkongsian ini
moga Allah berkati,amin
Muallim Adham said…
qaseh mas,
wslm..
insyaAllah... jazakallah
Temuk said…
Cikgu Adham
Paparan cikgu adalah satu peringatan yg amat bermanfaat. Kita jadi tak lupa akan kepelbagaian amalan-amalan Nabi Muhammad (SAW) kita, dan boleh kita cuba melakukannya. Terima kasih.
Muallim Adham said…
temuk,
slm..
insyaAllah.. smoga yg terbaik buat semua
Anonymous said…
Baca2 jgk....
tetapi cubalah fahami isi2 nya dan yang paling penting AMALKAN apa yang diperintah ALLAH dari surah itu...selamat berfikir...
Muallim Adham said…
InsyaAllah. slow2... dalam proses pendidikan, bayi keluar tidak terus berlari dan bermain2... dia akan slow2 mendapat pendedahan, memerhati dan akan mula berfikir seterusnya bertindak.

begitu juga kita manusia dalam beragama, kita hanya perlu beri stimulus, membuka jalan, memberi inspirasi, kadang-kadang cara kita yang seolah-olah mendesak dan terlalu cepat utk tengok hasil akhir; utk org ikut cara kita, atau sifat skeptikal kita kepada orang yang baru nk mula belajar dan beramal... menyebabkan usaha dakwah terbantut.

alhamdulillah, semasa tahun-tahun akhir saya di Sarawak, setiap masjid (arahan JAIS) meminta memulakan bacaan 10 ayat al-Kahfi sebelum meneruskan program-program (kuliah/tazkirah)... ini menunjukkan satu petanda, usaha ini sedang berkembang..

insyaAllah bemula bacaaan 10 ayat pertama, lama-lama akan berkembang dengan tambahan 10 ayat terakhir, kemudian berkembang lagi dengan membaca keseluruhan surah... masyarakat yang dahagakan ilmu, insyaAllah akan terus mencari dan menghayati maksud serta ibrah dari 4 kisah dalam surah al-kahfi ini, dan kaitannya dengan kehidupan kita di akhir zaman.

wallahu 'alam