About Me

header ads

Hari Terakhir Saya di Kapit

Bismillah. 2013 merupakan tahun terakhir perkhidmatan kawe di Kapit. 5 tahun dua bulan di Kapit menjadi titik tolak pelbagai ujian dan pengalaman dilalui. Waalaupun ia bukannya suatu tempoh yang cukup lama, tetapi jatuh-bangun, keluh-kesah, sedih-tawa serta pahit-manis pengalaman banyak dipelajari bersama anak didik, sahabat dan masyarakat dalam tempoh tersebut. Semua ini telah mematangkan diri dalam erti "memberi" dalam kehidupan. Mohon maaf atas kekhilafan diri yang serba kekurangan. 
Ingin kawe kongsikan sedikit pengalaman ringkas dalam tempoh perkhidmatan di Kapit. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan pembaca. Jika ada yang mollek boleh la diambil manfaat. Andai ianya sesuatu yang buruk, molek kiranya dijauhi. Firman Allah dalam surat al-Imran:40; 

"...dan demikianlah hari-hari yang Kami jadikan bersilih ganti sesama manusia." 

Ya, masa yang bersilih-ganti, kehidupan kita sentiasa berubah dengan pelbagai warna corak kehidupan dan perkembangan. Mahu atau tidak kita perlu berubah kepada keadaan yang lebih baik. Pepatah Arab mengatakan air yang bertakung, lama-lama akan mati disebabkan sifatnya itu. Maka kita mesti sentiasa bersifat dinamik dan berusaha berubah menjadi lebih baik dari keadaan sebelumnya.. 

  
Semasa sibuk menghadiri Kem Tahunan Rejimen 506 AW di kelantan, kawe menerima surat penempatan ke Sarawak. Sungguh terkejut dan menerima dengan hati yang lapang dan tidak sabar untuk bertugas. Biasa la semangat orang muda untuk berbakti. Dak kami semua berkumpul di sebuah hotel di Sepang pada 9 November 2008. Kemudian keesokan terus terbang dengan pesawat MAS ke Kuching untuk sesi orientasi untuk beberapa hari sebelum menerima surat penempatan ke SMK Selirik. 

Pengalaman naik kapal terbang pertama kali memang mengujakan. Maklumlah kebanyakan cikgu yang posting ke Borneo kebanyakan dari latar belakang orang-orang kampung macam kawe dan tidak pernah menaiki kapal terbang. Masa ni bersama rakan-rakan guru lain yang sama posting ke Kapit seperti Ust Adnan, Cikgu Rizal, Cikgu Osman, Cikgu Nik Syazwan, Cikgu Fendi, Ckg Khairi, Ckgu Kumaresan dan ramai lagi... Semuanya melangut-langut kepala dalam flight mendengar taklimat keselamatan dan terbongkok-bongkok serta ada yang ternganga-nganga melihat pemandangan luar dari tingkap pesawat. Memang kelakar hehe termasuk lah diri kawe. 
 
Sesampai di Kapit, kawe disambut oleh guru senior di wharf dan mereka sudah uruskan kediaman sementara untuk kami semua. Alhamdulillah semuanya sporting dan sangat maraikan kami. Jumpa rakan-rakan yang sangat best. Begitu tinggi ukhwah. Saling membantu. Hidup kawe penuh ceria bersama rakan-rakan waima ketika suka dan duka mereka tetap bersama terutama Ust Adnan dan Din yang kawe pon turut sedih kerana dia tidak juga dapat pindah. Namun kawe percaya hati pejuang, perasaan sedih dibawa ketepi, yang paling penting untuk terus berkhidmad. Jodoh pertemuan dan perpisahan itu di tangan Allah. Pasti ada hikmahnya. 

"Berpisahlah, nescaya kan dapat ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. singa tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busurnya tidak akan mengena sasaran". (Fatwat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

 Ramai tertanya-tanya mengapa tidak balik semenanjung? Kawe fikir kawe belum lagi puas mengembara. Ingin mencari lebih banyak pengalaman untuk dipelajari. Andai pengalaman ini tidak mampu mengubah hidup kita, sekurang-kurangnya ia mampu memberikan kesan yang lebih baik dalam kehidupan. Kerana hidup ini adalah pengembaraan yang tidak akan berhenti sehinggalah kematian menjemput kita. Sesetengah orang tidak boleh terlalu lama pada sesuatu tempat, perlukan perubahan untuk meningkatkan produktivitinya. 


 
Di Kapit, telah menemukan kawe dengan rakan-rakan tempatan yang aktif bermain tennis. Semenjak di UPSI, rutin harian kawe adalah bermain tenis. Syukur kerana di Kapit ada team tenis yang aktif. Mereka adalah antara individu penting mencorakkan kehidupan kawe di Kapit. Terima kasih kaban sekalian: James Ling, Glyn, Patrick, Fitri, Ah Hon, Ah Hai, Joseph, Leo, my partner Max Wong dan semuanya. Tidak dilupai Pemancha Badi yang banyak membantu membangunkan sukan tenis di Kapit. 

 
Selain tenis, futsal juga menjadi kegilaan kami di Kapit kerana semasa kawe posting, kebanyakan guru pada masa tu adalah kaki bola. Bak kata orang bila masuk kandang kambing, mengembek. Maka kawe yang tidak pernah main bola dan futsal telah memberanikan diri menceburi sukan ni. Pada permulaan memang sumbang, namun ruang yang diberikan oleh sahabat mebolehkan kawe bermain futsal dengan lebih baik sehingga sekarang. Tahniah buat sahabat sekalian Mat Din, Mesol, Juki, Faisal, Pek'ien, Ustad Adnan, Jebong, Abe Yus, Mat BRo, Tok Nebeng, Eid, Ikram, Hairol, Hafiz, Pool, Kamal, Rizal, Syafiq, JKK, Hamdi, Abonz, Man, Wan Azlan, dan smua la yang tak mampu untuk kawe tulis semuanya. Walaupon dikategori sebagai pasukan hiburan, tapi memang tujuan kita bersukan adalah untuk berhibur. 

 
Dalam Wataniah, kawe bergandingan dengan Cikgu Kuiek turut aktif dalam Kompeni C, Batalion 1 Rejimen 510. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar dan semua anggota berikan kerjasama yang baik. Cikgu Kuiek sebagai peranan utama dalam memimpn Wataniah Kapit banyak membantu kawe untuk belajar sesuatu dari sini. Terima kasih juga buat semua kawan-kawan dalam Wataniah, Lt.M Patrick, Kenedy, Sjn Andrew, Munai, Saltik, Tugang, dan semua yang tak mampu untuk disenaraikan.. Banyak progra jiwa murni yang melibatkan aktiviti ke rumah panjang sehingga memerlukan kita bermalam di rumah panjang, sangat bermakna dan banyak memberikan pengalaan berharga. Kawe juga ucapkan terima kasih kerana memberi ruangg untuk kawe libatkan rakan-rakan guru menyertai aktiviti di rumah panjang bersama Wataniah Kapit. 

Ini lah antara sebahagian pengalaman bersama Wataniah Kapit yang telah didokumentasikan dalam akhbar tempatan dan nasional. Semoga terus maju jaya. Tauliah kawe telah pon tamat pada pertengahan 2012 kerana masalah teknikal. Namun dalam hati teringin untuk kembali aktif dalam wataniah suatu masa nanti. 
Bukan sahaja program khidmad masyarakat, Wataniah kapit juga akan menganjurkan program derma darah setiap tahun. Namun sehingga sekarang kawe tak pernah layak untuk menderma dan dinasihati untuk tidak menderma memandangkan BP rendah dan berat tidak cukup. Mungkin sekarang, dah boleh kut heheh.. 
 
Dan akahirnya di SMK Selirik, terima kasih kepada semua pihak. Bersama dengan dua pengetua iaitu Cikgu Lanyun Lupak dan Cikgu Ujai anak Sambau. Mereka adalah individu yang banyak membantu kawe dalam urusan perkhidmatan serta khidmad nasihat. PK1 Cikgu Azlinda juga banyak menyokong dan beri nasihat dalam segala tindak tanduk kawe. Buat Cikgu Lau (PK HEM) yang banyak berkongsi pengalaman dan membantu serta terima kasih atas kepercayaan untuk kawe uruskan disiplin sekolah pada 2013. Cikgu Davis (PKKO), terima kasih atas tunjuk ajar, walaupon dulu pernah juga pertikaikan senarai AJK yang asyik sama je dilantik dari mula posting sampai sekarang, tetapi itu semua tidak mengapa kerana ada kebaikannya apabila makin tahun tugasan kita menjadi makin lancar kerana ada pengalaman.. Cikgu Therence yang nampak garang, tetapi rupanya antara orang yang sempoi dan penuh lawak; banyak juga bagi arahan untuk pengurusan tingkatan 6. Buat Cikgu Liew (Guru Kanan Kemanusiaan) yang tidak pernah lelah mengejar saya untuk memastikan segala urusan panitia sentiasa disiapkan pada waktunya. Buat guru-guru di bawah Panitia Kawe (pengajian am) iaitu Cikgu Sheila, Ckgu Joeanna dan Cikgu Radzi terima kasih atas kerjasama anda. Buat barisan guru tingkatan 6: Cikgu Nazri (Eid), Ckg Megat (Boyo/mat kokok), ckg Azizol Isa (Mat bro), ckg Faisal Hasan, Ckg Joenna, Ckg Sheila, Ckgg Akmal (Jamal), Ckg Subungli, Ckg Inting, Ckg Rosita, Ckg Wan Amalia dan Ckg Elianee. Terima kasih atas kerjasama dalam barisan guru tingkatan 6. 

 
Dan akhir sekali buat semua rakan guru dan staf d SMK Selirik, SMK Kapit dan SMK Kapit 2.... Maaf kerana tidak termampu untuk kawe senaraikan semua nama kerana terlalu banyak rakan sahabat. Terima kasih untuk semua; untuk nilai persahabatan yang sagat ternilai.. Terima kasih atas sokongan kepada jualan "Nasi Lemak Abe Mad" dan juga nasi kerabu buat seketika dulu. Tanpa kalian, tidak mampu untuk kawe hidupkan suasana ceria dalam kehidupan kawe di Kapit. Sila like page Muallim Adham untuk melihat kembali kenagan kita di Kapit dalam gambar pelbagai aktiviti semasa perkhidmatan kawe.. 

Alhamdulillah, dalam dunia pendidikan memang sangat mencabar (tidak dinafikan kerjaya lain pon ada cabarannya tersendiri)... jangan putus doa untuk memberi kita kekuatan menghadapi segala rintangan ni. Kerana pejuang... jalannya penuh dengan mehnah. Semoaga kalian terus maju jaya.

Wassalam
Muallim Adham. 

Post a Comment

5 Comments

Kamil L said…
Tahniah cikgu..Btw cikgu dapat pindah ke mana?
Kamil L said…
Tahniah cikgu..btw dapat pindah kat mana cikgu?
Muallim Adham said…
Bismillah. Assalamualaikum Kamil, alhamdulillah, saya skrg di Kuching... andai datang ke kuching, jika saya lapang, buleh la minum2 insyaAllah
safuan said…
Kemah cikgu..semoga Allah anugerahkan ramai lg cikgu hok mcm demo..ikhlas berbakti
Muallim Adham said…
Safuan, teriyaki Kasim... Ciggu lain sebenarnya lagi hebat...