About Me

header ads

Perkongsian Amalan PdPc BeyMad Menggunakan QR Code

BeyMad mengajar di sekolah berasrama penuh. 100% pelajar adalah tinggal di asrama. Pelajar juga dilarang menyimpan atau menggunakan telefon bimbit, keadaan ini agak sukar diterima oleh kebanyakan pelajar sekarang untuk berenggang dengan gajet untuk tempoh waktu yang lama. Tidak hairan lah ramai pelajar menolak tawaran kemasukan ke sekolah berasrama semata-mata kerana tidak mahu berenggang dengan gajet masing-masing. 

Jangan lupa untuk subscribe Chanel Youtube Cikgu Adham




Boleh like dan share QR code E-Learning Cikgu Adham lain yang BeyMad simpan dalam page E-Learning AddMath Cikgu Adham.
Hujung minggu merupakan waktu melawat, maka kawasan sekolah menjadi tumpuan kereta keluar masuk dalam kalangan ibu-bapa yang melawat anak-anak. Pada masa ni la pelajar BeyMad akan mendapat peluang untuk bermain gajet masing-masing. Bagi mengelakkan pelajar tertinggal arus teknolgi maklumat, BeyMad menyediakan QR Code seperti ini, ditampal di beberapa kawasan strategik menjadi tumpuan ibu-bapa bagi memudahkan pelajar mengimbas gambar (scan) QR Code lalu terus ke alamat YouTube dengan kempen "Sambil Main Hp, Sambil Belajar AddMath". 

Waktu ini juga BeyMad mengambil kesempatan untuk mengamalkan Flipp Classroom kerana pelajar telah menonton video PdPc terlebih dahulu sebelum kelas sebenar akan bermula pada hari berikutnya. Ini akan menjimatkan masa dan PdPc dapat dipercepatkan kerana pelajar sudah ada sedikit content knowledge, maka tumpuan boleh diberi kepada pelajar lain yang masih perlu bimbingan untuk mencapai objektif PdPc. 

Selain itu, ibu-bapa juga lebih berasa senang hati melihat anak-anak tidak bermain telefon bimbit hanya untuk "gaming" dan "aplikasi sosial" semata-mata.... tetapi dapat melihat dan membimbing anak-anak mengunakan telefon dengan sebaiknya pada benda yang positif dan berfaedah. 

Semoga perkongsian ini, dapat memberi cetusan idea untuk tuan-puan mengamalkannya. 

Post a Comment

3 Comments

Unknown said…
Terbaik cikgu. Rupanya belajar kat upsi dulu. Sama.
CIKGU AMIRAH said…
Sangat menarik. Tq cg atas perkongsian 👍
Muallim Adham said…
terima kasih cikgu.. semoga bermanfaat deh