About Me

header ads

Warkah Untuk SAKURA

Bismillah, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. 
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana penerbangan saya dari Kuching ke Kuala Lumpur berjalan lancar pada 21 Jun 2020 untuk saya melapor diri bertugas ke stesen baru saya iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).  Perpindahan saya ini berkuatkuasa 1 April 2020, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani masalah Covid-19, maka begitu lama urusan ini tertangguh. 

Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tahun 2008 saya telah menempuh pelbagai cerita suka dan duka. Namun, dalam sebuah perpisahan dan kehilangan, banyak perkara yang Tuhan ingin kita belajar dan memaksa kita untuk belajar sesuatu dari kehilangan tersebut. 


Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. hakikatnya patah tumbuh akan hilang berganti, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang disenangi.


Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak dapat dielakkan.

Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.


Sepanjang lebih 6 tahun saya berkhidmat di SAKURA iaitu bermula dari Januari 2014 sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih sayang yang telah diberikan oleh semua warga SAKURA. 


Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa tersemat di dalam lubuk hati dan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.


Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan pentadbir yang sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam semua kerja buat saya di SAKURA, terutama Bonda Pengetua, Dr Norisah Binti Suhaili yang merupakan ikon kecemerlangan saya di SAKURA (bukan saya je, saya yakin ramai di luar sana menganggap Bonda sebagai idola). Terima kasih buat Bonda atas kepercayaan, ruang dan peluang yang diberi kepada saya untuk SAKURA selama ini menyebabkan saya banyak belajar dalam erti "memberi" dalam kehidupan ini. Terima kasih juga atas bimbingan, teguran dan nasihat yang dikongsikan selama ini untuk saya tidak jemu belajar dan terus melangkah ke hadapan. Salah dan silap saya harap diampun atas dosa-dosa yang tak tersengaja saya lakukan kerana kakhilafan diri saya sendiri. Sesungguhnya, jika ada sesuatu yang saya buat menyebabkan berlaku kezaliman pada Bonda, saya memohon maaf kerana saya betul-betul tidak sengaja dan tidak sedar atas kezaliman yang saya lakukan. Saya tidak lah sempurna, namun saya cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik. 


Buat Kak Yam (Pn Siti Mariam, PK Pentadbiran), saya ucapkan terima kasih atas perkongsian selama ini. Merupakan "partner" saya semasa menjaga budak prep dan rolcall malam, berkongsi cerita-cerita dan pandangan yang banyak dipelajari untuk lebih bersemangat bekerja. 

Buat Cikgu Shahrul Azinar (PK HEM), terima kasih atas perkongsian, sokongan dan kerjasama selama ini terutama dalam menguruskan HEM. 


Cikgu Taib (PKKO), terima kasih atas perkongsian selama ini, sejak mula saya masuk SAKURA telah mendapat bimbingan secara langsung dari beliau dalam PdPc Matematik. Dan sehingga beliau menjawat jawatan PKKO, tetap kami bekerjasama dengan baik dan berkongsi idea dalam banyak perkara di SAKURA. 


Buat GKMP Votek, Kak Haliza, terima kasih banyak-banyak atas "support" yang diberikan. Tak henti-henti menyumbang dan menjadi penjaga yang baik buat cikgu-cikgu VOTEK di SAKURA. 

Buat GKMP yang lain, terima kasih banyak-banyak. Dr Suraiya, yang banyak berkongsi banyak perkara untuk saya. Cikgu Ismaili yang suka berkongsi cerita dan pengalaman, sesekali suka bergurau dengan saya. Tn Hj Shamsuddin tatkala saya menulis coretan ini, beliau sedang menerima rawatan di SGH, saya mendoakan semoga Tn Hj diberi kesembuhan dan dipermudahkan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan perkongsian selama ini. 


Buat rakan-rakan guru di UBK, Kak Nordalina, Cikgu Hairul dan Cikgu Lydia, terima kasih atas kerjasama, sokongan, bantuan dan perkongsian selama ini. UBK banyak memudahkan dan membantu melancarkan banyak "kerja-buat" dan tugasan saya selama ini di SAKURA. 

Untuk rakan-rakan bilik guru 2, Cik Aini, Ckg Chien, Ckg Wee (Sensei), Kak Sue, Ckg Adi, Ckg Faizal, Ckg Akma, Kak Rohaiza, Ckg Khaliza, Ckg Amira, Ckg Zuwairi, Ckg Mazzuana (Juing), Ckg Fitri, Ckg Nui Nadia, Ckg Empana, Ckg Rosmima, Ckg Nadia, Ckg Minda, Ckg Sabtuyah, Ckg Ibrahim dan Ckg Hellen, terima kasih atas perkongsian, kerjasama dan celoteh kalian. Kalian semua banyak menghiburkan hati BeyMad tatkala kesedihan, sama bergembira dan berkongsi makanan hehe. Minta maaf atas kekhilafan BeyMad mungkin terguris hati dan tersalah laku, sesungguhnya BeyMad hanya menumpang belajar di sana. Terima kasih atas ukhwah huhu (sambil nangis ni tulis)... 


Untuk rakan-rakan bilik sebelah pula (bilik guru 1), hehe... untuk Ckg Ben. Ckg Darfrisson, Ckg Afza, Ckg Watie, Ckg Nana, Ckg Berudi, Ckg Roslan (Mantan PKHEM, terima kasih atas kerjasama semasa di HEM), Ckg Nazrul, Ckg Sharifah Hemsiah, Ckg Dayang Zuraida, Ckg Aminah, Ustzah Hanim, Ustaz Zainal, Uztazah DSR, Uztazah Fedot, Ustazah Salwa, Ckg Adillah, Ckg Alia, Ckg Zawawi, Ustazah Izainee dan Ckg Rubiah, terima kasih banyak-banyak atas nilai persahabatan kita semua. Berkongsi cerita dan pengalaman serta bekerjasama dengan begitu baik sekali dalam urusan kerja. 


Tidak juga dilupakan kepada Pn Sharifah Salwa (Chief Clerk), En Wan Affandi, Pn Siti Farizah, Pn Asitah, Pn Janiba, Pn Laila, Pn Rahayu, Pn Dayang Fartini, Pn Janice, Pn Leny, Pn Azzimah, En Wajdi, En Peter, En Rosli, En Basri, En Edwin, En Mad, Pn Janiba dan lain-lain yang banyak memberi kerjasama dan sokongan bagi melancarkan urusan saya di SAKURA. 


Buat cikgu-cikgu baru yang melapor diri pada 10 Jun 2020, minta maaf kerana ada antara kalian tidak sempat berjumpa. Tahniah buat Uztaz Firza, Ckg Tazuddin, Ckg Eda Sie, Ckg Vanessa, Ckg Christina dan Ckg Chang Hui San kerana menjadi warga SAKURA. Semoga kehadiran cikgu-cikgu menambahkan keceriaan SAKURA. Semoga ini menjadikan cikgu-cikgu untuk berkhidmad dengan lebih cemerlang di SAKURA sekaligus meletakkan SAKURA di tempat yang sepatutnya. 


Untuk anak-anak didik yang cikgu sayangi, bermula batch pertama sehingga yang ada sekarang, terima kasih. Tanpa anak-anak semua, siapalah cikgu. Cikgu juga menumpang belajar dari anak-anak semua mengenai sesuatu yang hanya diperolehi melalui pengalaman. Sesuatu yang kita tidak nampak, tetapi ianya wujud iaitu kasih sayang, ambil berat, kemanusiaan dan banyak lagi. Memang cikgu sedih kerana sesi persekolahan pada Mac 2020 rupanya pertemuan kita yang terakhir. Jika cikgu tahu itu adalah pertemuan yang terakhir, sudah tentu banyak perkara ingin cikgu ucapkan untuk anak-anak sekalian. Sesunguhnya cikgu sayang anak-anak semua. 


Pastinya anak-anak rindukan celoteh Fahim dan Fqeeq bermain di dewan makan dan sekitar asrama SAKURA. Terima kasih kerana memberi ruang untuk anak-anak saya bermain dan membesar dalam suasana persekitaran yang baik dan positif di SAKURA. 

Laungan Fahim dan Faeeq masih terngiang-ngiang di dalam ingatan saya memanggil abang-abang dan kakak-kakak tunrun makan dan roll call. 

Terima kasih untuk ucapan anak-anak sekalian yang diabadikan dalam video ni: 


Bagi abang-abang dan kakak-kakak pekerja dewan makan, terima kasih banyak-banyak terutama Kak Melor (Penyelia) yang sangat komitted menyediakan juadah untuk anak-anak sakura. Kadang-kadang saya pon selalu menumpang makan di sana bersama anak-anak SAKURA. Terima kasih atas hubungan yang baik, kerjasama dan perkongsian tuan-puan selama ini, semoga tuan-puan dimurahkan rezeki. 

Untuk Pengawal Keselamatan SAKURA, terutama PK Ali, PK Ashraf, PK Bakhtiar dan lain-lain, terima kasih atas khidmad bakti anda yang menjaga keselamatan warga SAKURA. Saya bertema kasih banyak-banyak kerana menyediakan suasana yang selamat untuk anak-anak saya sendiri bermain dan membesar dalam kawasan SAKURA. 


Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan semua warga SAKURA.

Saya mendoakan anda semua diberi kesejahteraan, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Semoga SAKURA terus cemerlang. 

Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.

Sekian, terima kasih. 

-Cikgu Adham, Kuching 21 Jun 2020-

Post a Comment

2 Comments

adnan albachuqi said…
kemah bossku, penulisan yang mantap sejak dari dulu lagi