About Me

header ads

Kelahiran Mengejut daripada pasangan Spiki & Mary

 

Dalam hujan yang lebat, tanpa dijangka Mary melahirkan 4 baby rabit. Kelahiran ini agak mengejutkan kerana tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan Mary bakal melahirkan. Daripada empat kelahiran, satu mati. Salah satu baby ni merangkak-rangkak dalam air, dan terus diambil dilap dengan tuala... nampak kesejukan. 

Ada baby yang yang kepalanya tersangkut di sangkar. Cuak juga takut dia mati terjerut. Salah satu lagi merangkak sehingga bawa meja, nasib baik ternampak, dan terus diambil untuk dikumpulkan. 

Satu baby terjatuh dalam limpahan air hujan, dan telah mati. Yang ni tak boleh nak selamatkan, tak pasti mati masa lahir atau kelemasan. 

Setelah kering, diletakkan dalam bakul yang di alas dengan alfalfa hay. Bakul ni diletakkan bersama Mary. Spiki dipisahkan dalam sangkar berasingan kerana dilihat masih nak menggatal, tak faham-faham si Mary nak berpantang. 

Selepas sehari, didapati baby rabit ni kurus dan macam tak cukup susu. Rasanya sebab Mary tak pandai nak menyusu atau tak sedar keperluan babies dia. So masa ni la nak practice ilmu yang dipelajari dalam group FB Arnab. Letak Mary dalam bakul sambil membelai-belainya, kemudian letak baby rabit tadi di bawah Mary. 
Boleh nampak baby rabits ni merangkak-rangkak ke bawah perut mencari puting susu. Fitrah yang Allah beri untuk anak kecil ni mencari susu tanpa di ajar. Tak perlu pegang baby rabit ni, dia pandai cari sendiri. 

Pada masa yang sama, Mary tetap dibelai supaya duduk diam, so baby rabits boleh menyusu dengan tenang. 

Selepas selesai, boleh lihat perbezaan pada perut si kecik ni.. bulat dan nampak keputihan tanda kekenyangan, siap terbaring dengan keempat-empat kaki terjuntai ke atas. 

Antara teknik lain untuk memastikan Mary menyusu si kecik ni, adalah dengan meletak mereka ke dalam kotak tertutup yang kecil seperti ni. Sekadar 3-5 minit sahaja. Jika dengar si Mary ni meronta-ronta, maknanya prosese penyusuan telah selesai. Boleh lihat si kecik ni perutnya bulat kekenyangan. Ini keadaan mereka pada hari ke 7. 

Dah kenyang, macam ni la keadaan dia... Elakkan pegang baby rabit ni secara langsung dengan tangan. Haiwan ni mempunyai deria... jika manusia selalu pegang secara langsung, bau badan manusia akan lekat pada baby ni. Ada kes si ibu tak nak menyusukan anak dia sebab ada bau manusia. 

Memperkenalkan keluarga baru Mary dan Spiki. Belum ada nama lagi haha... 

Yang ni paling comel sebab ada tanda putih dari hidung sampai ke kepala. 
Yang ni sebiji ikut bapak dia. 

Setelah menyusu, tidur tak ingat apa dah...

Post a Comment

0 Comments